Nokia N9 Hitam. Ada warna Biru, warna Magenta Pinky juga~ |
Semenjak Apple iPhone klua, semua nak pakai touchscreen. Biar beli iPhone made in China, janji yang dipakai tu iPhone, adeh adeh. Kalau tak touchscreen memang tak sah. Pakaila Nokia 3310, serius ramai akan senyum memanjang tak pun guling-guling memikirkan kedai mana la jual 3310 lagi ni? :-P Tapi beza woo, dulu keypad timbul pisah-pisah satu-satu senang nak taip dalam seluar, takyah tengok pun boleh SMS. Haha :-P
Nak kata chantek, bolehla. Mana-mana smartphone kalau screen tak besar memang tak puas hati. Nokia N9 ni pun screen besar sikit je dari N8, N9 cuma besa 3.9 inci, yang N8 pulak 3.5 inci, cuma beza 0.4 inci. Tapi kira puas hatila, boleh tengok gamba atau video besa sikit, rugi tau gamba chantek HD tapi screen nak tengok kecik. Tambah lagi diorang tak kata ni smartphone, diorang nak cakap ini swipephone, hahaha. Apa kelas main touch touch sentuh sentuh screen kecik, swipe screen besar gedabak la layan, hahaha X-D
Kalau compare beza betul-betul kan, dari beli Nokia N9, bagus lagi beli Nokia N8. Kenapa?
- Kalau tak periksa betul-betul, anda akan terbeli N9 yang hampeh. N9 hampeh? N9 diberitakan akan dijual dengan dua sais memori, satu ada 16Gb, satu lagi 64Gb. Sebabnya mana-mana N9 hampeh dan menyaketkan hati ialah dia takde slot untuk letak memory card extra, memang tak dibuat. Kalau mengharap internal memory je, aduiii.. tak cukup tu bang 16Gb, tak cukup. Kalau 64Gb murah takpe, kalau terbeli yang 16Gb memang sakit hatila. N8 pulak, walaupun defaultnya 16Gb, tapi boleh ditambah dengan microSD sampai 32Gb~~
- Satu lagi ialah pasal radio, N8 ada radio, N9 takde radio. Walaupun mp3 lebih dari cukup untuk dengar lagu, radio penting woo untuk dengar berita dan untuk check periksa jam pukul berapa sekarang, haa.. Lagipun asyik dengar mp3 yang sama ulang-ulang akan buhsan, bila dengar radio kita kitak tak dapat kawal control lagu yang dimain, tambah pula kebuhsanan dapat dikurangkan dengan mendengar celoteh DJ radio, hehe. Lagipun boleh dengar cuaca hari ni hujan ke tak, jalan mana yang sesak ke tidak (dah ada ke weather app untuk Malaysia?)~~
Nokia pulak, dia tahu 2 kekurangan tu agak lethal lagi merbahaya, dia cover dengan 3 barang baek punya untuk N9.
1. Kelajuan: Nokia N9 ada 1Gb RAM, ada 3 kali ganda besar dari Nokia N8 dengan 256Mb RAM. Walaupun internal memory kecik, tapi dia boleh proses maklumat sampai 3 kali ganda lebih cepat, bolehla diampunkan ditutup sebelah mata perihal memorinya yang kecil...
2. Operating System: Dia ada MeeGo OS versi 1.2 Hermattan. Sangat layan sebab dia original asli Linux OS - boleh buat banyak software, boleh hack banyak benda tanpa bingung di-block oleh mana-mana app store, hehe, open source software ni, hehe. Cakap banyak mungkin susah nak percaya, di bawah ada *simulated?* MeeGo OS in action~
Nokia N9 - The Big Introduction - Swipe with Nokia's Beautiful New Smartphone
3. Game: Barang baek yang last terakhir Nokia buat untuk cover kekurangan N9 - dia dah siap install Angry Birds Magic (NFC) dalam N9, yeaaahhhhh~~
MeeGo Conference NFC Angry Birds Magic
NFC (Near Field Communication) ini boleh dikatakan sama geng dengan teknologi infra-red la lebih kurang. Bila Angry Bird Magic boleh di-unlock begini, dah kantoi dah cara nak cheat unlock level dengan cepat, haha. (Termasukla indirect cara tak langsung promosi beli la dua Nokia N9 sekaligus kalau nak habis main Angry Bird cepat-cepat...) X-O
Angry Birds Magic hatches at WIMA
Gameplay Angry Bird Magic lebih kurang sama dengan Angry Bird yang asal~
Artikel ini nak kata review Nokia N9 pun bukan, sebab belum pegang Nokia N9 yang original lagi. Bila agaknya Nokia N9 akan sampai di Malaysia?
Nokia N9 UI hands-on demo
Wahhhhh, mamdoh nak Nokia N9 yang 64Gb punyaaaaa X-D
Lagi-lagi link:
- Nokia Europe : Nokia N9 touch screen smartphone overview~~
- GSMArena : Nokia N9 Full phone specifiations.
- GSMArena : Nokia N8 Full phone specifications.
Ooigi.blog: "Masih menunggu smartphone guna touch screen super scratch-proof walau dah lama dipakai dengan jadi senipis AMOLED Samsung..."
:.
No comments:
Post a Comment