Thursday, June 23, 2011

Piracy: 3 Software Alternatif Percuma untuk Semua Pelajar~

.: Kehidupan sebagai seorang pelajar semasa "dunia dah moden, zaman dah maju" ni memang banyak cabarannya. Tidak kira berapa umur anda, dalam banyak banyak cabaran, antara cabaran paling menduga sekali ialah penggunaan komputer dan software perisiannya.

Luffy One Piece pun pirate juga ni~~
Nak kata menduga sangat tidakla. Tapi bagi seorang umat Islam, seboleh-bolehnya segala yang kita pakai guna, makan minum, datang dari sumber halal, atau diperoleh dengan cara halal, bukan merampas hak orang lain. Begitu juga dengan menggunakan perisian software, jika berkemampuan, belilah yang original yang asli. Jika tidak, apa kata kita cuba pakai yang percuma free? ;-)

Ikut pengalaman mamdoh sendiri, perkara paling basic asas keperluan seorang pelajar dalam komputernya ialah: Operating system OS, software taip menaip, antivirus. Kalau yang selain dari itu, software yang diinstall memang software yang kategori "kehendak", bukan keperluan. Saja je install sebab suka pakai atau suka main. Mamdoh suka main game, kalau DotA dijual dgn sangat sangat murah, bawah RM50, memang beli tunai cash. Disebabkan software DotA terlalu mahal la jadi main pinjam komputer kawan, oops...

Software Alternatif yang Percuma #1: Operating System Ubuntu.

Kalau takde OS, memang komputer tak berjalan, kosong blank hitam aje. Nak tak nak, mesti pasang install OS. Disebabkan Windows 7 Pro agak mahal (~RM450++), jadi kita beralih angin ke OS percuma. Kalau di-Google-kan "free OS", ada banyak OS free yang kita tak pernah dengar tapi fungsi dan rupa lebih kurang hampir sama dengan Windows 7, haa..

Dalam banyak-banyak OS percuma, mamdoh rekemenkan Ubuntu. Sebab dia percuma (itu kriteria penting - bila OS halal, jadi semua barang atau assignment atau apa apa aja yang dibuat dengan komputer itu pun halal. Tapi kalau install jugak software pirate, halal jadi bye bye woo..), rupa ala-ala Mac siket, dan boleh support software Windows dengan Wine nya, haa..

Tapi kalau nak pakai Windows 7 juga,beli yang Windows 7 Starter pun ok, RM150 sahaja. Walaupun beberapa fungsi best takde, tapi lebih baik dari pakai Windows pirate, haa.. ;-) Di Lowyat.net ada pricelist senarai pdf harga software dari SoftwareExchange~~

Introducing Ubuntu

What's new in Ubuntu 11 04
Ubuntu versi baru semakin minimalist simple seringkas-ringkas nya. Kenapa simple best? Sebab senang nak gunaaa~~ :-)


Software Alternatif yang Percuma #2: Software taip menaip OpenOffice.Org OOo.

OpenOffice.org ni software yang ala-ala Microsoft Office 2003 tapi edisi percuma. Kita sebagai pelajar kurang mampu nak melaburkan duit pinjaman PTPTN untuk beli software Office original, jadi nasib baiklah ada programmer omputeh di luar sana yang mengembleng tenaga dan idea menghasilkan Office yang percuma. Maka lahirlah OpenOffice.org, yang mengandungi hampir semua software seperti Microsoft Office:
  • OpenOffice.org Writer = Microsoft Word,
  • OpenOffice.org Impress = Microsoft PowerPoint, 
  • OpenOffice.org Calc = Microsoft Excel, 
  • dan juga lain-lain perisian~~

Installing OpenOffice 3 (in Ubuntu)

OpenOffice.org 3.3 Beta 1 Peek (Windows OS)
Yang baru ni version 3.3 ada okay sikit dan lebih ringan dari version 3.2. Cuma OpenOffice ni kita mesti install Java baru kita boleh pakai. Kalau tak install dia ada sedikit aneh. Mesti install, mesti.

Ubuntu 10.04 open office is like microsoft office (Ubuntu OS)

Kalau muaturun download dari original website, OpenOffice.org memang disertakan sekali dengan Java (versi lama), kalau nak install OpenOffice aja (sebab dah ada Java versi baru), boleh muaturun OOo dari FileHippo~

Software Alternatif yang Percuma #3: Antivirus Avast Percuma~

Ini penting ini, kalau takde antivirus komputer kita ibarat tak berbaju tak berseluar dan memang pasti "demam-demam dan sakit-sakit". Hidup seorang pelajar memang tak jauh dari men-transfer memindahkan barang dari USB ke komputer, dari komputer ke USB, maka antivirus memang komponen wajib untuk menjaga komputer dari diserang dirosakkan virus-virus.

Yang paling hangin bila hasil kerja assignment kita hilang semua atau rosak semua atau belum disimpan ke USB tapi komputer dah rosak / tak boleh on dihidupkan / screen hitam legam biru / dan lain-lain masalah. Sebab itulah antivirus nak tak nak mesti wajib diinstall dipasang dalam komputer.

Mamdoh sendiri lebih meminati Avast, walaupun dia kadang-kadang buat hal, tapi kuasa protection perlindungan Avast boleh tahan kuat. Untuk software percuma kita boleh pakai Avast Home, tapi jika ada fulus lebih bolehla upgrade yang mahal lagi :-)

Avast! 6 Free Antivirus Review
Versi baru ada sedikit ringan, tapi kalau anda pun pakai Avast 6, sila disablekan AutoSandbox kerana ia melambatkan komputer selambat-lambatnya. (Kalau RAM besar, jangan disable AutoSandbox, kalau RAM kecik "bolehla" terpaksa rela disable...) 

Satu lagi keburukan Avast 6 ialah dia hanya ringan kalau dia running macam biasa dan kita tak buka tak pakai mana-mana program. Tapi bila dan running guna software lain, mulalah Avast sibuk sibuk men-scan-kan segala apa yang kita run. Tu yang kadang-kadang tengah tengok movie, main game Facebook dia jadik slow, Avast sebok-sebok scan, aiya.. Di samping itu, Avast 6 akan automatik membuang autorun.inf dan mana-mana malware yang automatik run bila kita cucuk USB. Masa komputer tengah install driver USB tu la Avast sibuk-sibuk scan USB juga. Itu yang dia pi automatik buang tu, haa..

Walaupun dia sedikit hampeh, Avast 6 Home tatap menjadi pujhaaannnn~ :-D

Pilihan lain untuk antivirus yang kuat dan agak ringan dan tak banyak songeh?
Software antivirus payung merah - Avira Antivirus Personal~~ Pernah guna AVG Free - dia berat terlampau kalau tak di-update, BitDefender - delete tapi tak berapa delete, Panda Free semacam aneh, Symantec Norton memang no no no, PC-cilin ntah apa jadi dengan dia, jadi pakailah mana yang anda minat.

Disebabkan nak pakai yang halal dan berkualiti, kita guna antivirus yang Home / Personal / Free version. Satu lagi masa nak register taknak yang isi borang dengan segala macam maklumat, dan dia mesti ada definition update automatik tanpa kita tercari-cari mana button update dia, dan yang paling penting, antivirus percuma itu mesti maintain power kuat membunuh membuang virus-virus etc walaupun dia tak connected bersambung dengan internet. Sekurang-kurangnya dia ada prevention technology buang barang yang "disemak test ada risiko membahayakan" komputer, sekurang-kurangnya lah.

Jadi, itulah 3 software alternatif yang percuma yang boleh digunakan oleh para pelajar. Diharap perkongsian ini dapat menghilangkan rasa was was berkat ka tidak sijil Diploma / Degree / master / PhD / apa-apa sijil kita kerana buat assignment guna software pirate.

Artikel ini dibuat dek kerana artikel dari myMetro | Haram cetak rompak jadi modal perniagaan. Oleh kerana myMetro ni pun kadang-kadang "terbuang" artikel yang lamma-lamma (sampai link betul pun tapi tidak dapat ditemui), di bawah ini disertakan embed pdf artikel yang sama~~ :-)

www.hmetro.com.my_articles Haram cetak rompak jadi modal perniagaan.



Ooigi.blog: "Bila pakai barang percuma ni dia tak berapa hebat barangnya berbanding yang berbayar lesen. Tapi kita boleh memilih - nak pakai pirate ke tak nak cetak rompak? haa.."
X-O
:.

No comments:

Post a Comment