Monday, January 17, 2011

Samsung CES2011 AMOLED: Green BioTechnology?

.: Define: AMOLED. Awesome magic of light-emitting display? Naaaahh...   :-P

Cemburu la jugak tengok orang lain best-best dapat tengok pameran teknologi, dekat sini cuma dapat tengok gambar aja. Jadi la kan, dari tak dapat tengok apa-apa atau cuma dapat dengar berita je, kan kan kan?

Pagi nih, terbaca feed dari PCMag: The Most Important Products at CES, rasa terkesima dan macam tak percaya je benda yang pernah tengok-tengok dalam movie atau anime Jepun, sekarang dah betul-betul depan mata. Masa depan ke nih? Kita dah tak lama lagi ke nak 2020? Kita ke atau "diorang" yang 2020???

:-P

Bak kata Tim Bajarin, "Tahun nih ada 3 produk yang bakal menjadi produk terbaekkk, kalau tak terbaekkk pun produk-produk nih pasti akan mewujudkan satu dimensi baru dalam era dunia perkomputeran. Antara produk tersebut ialah paparan AMOLED yang fleksibel sungguh dari LG dan Samsung."

Samsung 4.5 inch WVGA Flexible AMOLED di CES 2011

Kejap, kejap. Apa itu AMOLED? Active-matrix OLED atau nama penuhnya Active-matrix Organic Light-emitting Diode adalah salah satu teknologi paparan visual yang digunakan dalam alat mudahalih atau televisyen terkini. OLED ialah sejenis teknologi paparan senipis filem yang bahan electroluminiscentnya diperbuat daripada bahan organik, dan active-matrix di sini merujuk kepada teknologi penyusunan dan pengelasan pixel-pixelnya.

Sehingga tahun ini, teknologi AMOLED telah mula digunakan untuk telefon mudahalih dan dalam media player, dan akan mula dimajukan untuk aplikasi yang kurang penggunaan tenaganya, dengan harga yang lebih murah, serta dengan saiz paparan yang lebih besar.

Di mana boleh ditemukan AMOLED yang best-best? CES 2011.

2011 International Consumer Electronics Show.

Trade show CES Antarabangsa 2011 yang telah berlangsung pada hari Khamis Januari 6 hingga Ahad Januari 9, 2011 ialah antara pameran yang amat ditunggu-tunggu oleh peminat barangan elektronik. Ini kerana pameran yang berlangsung di Pusat Konvensyen Las Vegas di Nevada inilah tempat konsep dan peralatan elektronik terbaru ditunjukkan kepada umum (umum untuk mereka yang telah mendaftar sahaja). CES 2011 ini juga merupakan platform untuk AMOLED diperkenalkan kepada dunia.

Berbalik kepada teknologi AMOLED yang macam best tu, hanya video aja dapat menunjukkan keterbestan AMOLED. Jom tengok video jom~~

Samsung Transparent AMOLED Display Demo at CES 2011.

Itu baru sikit tu, video yang di bawah ini yang macam dunia anime jadi nyata..

Samsung Flexible AMOLED Display at CES 2011.

Haa.. terliur kan? Rasa kalau dapat pergi nih rasa nak bawak balik pun ada jugak. Tak dapat bawak semua pun, dapat ambik Google Nexus pun dah layan, hahaha :-P

Oh dunia, dunia. Terima kasih kepada jurutera-juratera elektronik yang cuba menghasilkannya, saintis-saintis yang menemukan OLED, serta kepada Allah kerna membenarkan manusia dapat berfikir dan menghasilkan teknologi sebegini, Subhanallah.


Ooigi.blog: "Kalau betul handphone sefleksibel gitu, takyah la bengong kalau simpan mana-mana. Kalau dapat dilipat lagi terer. Mungkin karang Nintendo DS terdiri daripada 2 skrin AMOLED yang dikeychainkan. Fuhyoooo~~"
X-D
:.

No comments:

Post a Comment