Wednesday, November 24, 2010

6thSense: Teknologi yang betul-betul di hujung jari anda?

.
Facebook ialah antara tempat video aneh dan menakjubkan merebak. Ada yang menarik, ada yang hampeh. Video ini pun asalnya ditemui dari Facebook, video tentang Teknologi SixthSense yang dicipta dan dibangunkan oleh Pranav Mistry.

Siapa Pranav Mistry? Misteri sangatkah dia?   :-)

Tidaklah sebegitu misteri. Pranav Mistry orang biasa-biasa macam kita juga, cumanya dia rajin belajar dan kini adalah seorang pembantu penyelidik dan juga pelajar PhD di Makmal Media MIT (MIT Media Lab). Orang biasa kan? Haa... ;-)  Sebelum memasuki MIT, dia adalah seorang pengkaji UX di Microsoft., di mana UX bermaksud User eXperience. Kiranya dia mengkaji pengalaman seseorang sebagai pengguna apabila mereka menggunakan sesuatu perkhidmatan ataupun barangan agar dapat melakukan penambahbaikkan. (Iyya ka macam tu?)   :-P

Macam abang hensem kan? haa...
Pranav yang dilahirkan di kota Palanpur, Gujarat, India juga adalah seorang graduan dengan dua ijazah: Ijazah dalam bidang Seni Media dan Sains (Master in Media Arts and Sciences) dari MIT dan juga Ijazah Rekabentuk (Master of Design) dari IIT Bombay. Menggelarkan dirinya sebagai 'Desigineer', Pranav yang takjub dan meminati dunia rekabentuk dan teknologi amat berminat dalam "memasukkan" (integrasi) teknologi dunia digital untuk digunakan dalam kehidupan kita sehari-hari.

Antara ciptaan-ciptaan beliau: nota kuning melekit pintar (intelligent sticky notes la bang) "Quickies", "pen" yang boleh melukis dalam tiga dimensi, dan juga "TaPuMa", dari TAngible PUblic MAp, peta digital yang boleh menjadi enjin carian.

Dalam banyak-banyak ciptaannya, ada satu ciptaan yang membuatkan teknologi macam tau-tau je apa kita nak, apa kita nak buat, apa yang kita cari. Itulah teknologi SixthSense~~

Apa itu SixthSense? Mari lihat video dibawah, kita saksikan susur galur teknologi dulu-dulu menjadi teknologi serba tahu menahu~~ X-D

Pranav Mistry: The thrilling potential of SixthSense technology.
"Macam kurang je tiang bangunan nih, amik gambar jap~~" :-P

Dari satu teknologi ke satu teknologi. Bagaimana ideanya berkembang dari satu idea ke satu idea. Sangat menakjubkan. Teringat cerita James Bond untuk peta digital tu. Cerita yang Pierce Brosnan masih berlakon. Teknologi bagi kita kebolehan besar kecikkan gambar dah tengok video masa Firefox updated version dulu. Yang teknologi pindah-pindah data ada dalam cerita Avatar 3D, masa dia pindahkan maklumat lelaki yang kaki cacat tu dari monitor lutsinar ke monitor lutsinar yang satu lagi. Yang rekabentuk desktop komputer pada dinding tu ala-ala Minority Report UI. (UI = user interface). Haha.

Satu je yang amat ditunggu-tunggu oleh pengguna internet seluruh dunia, kod open source untuk teknologi SixthSense ini. Sampai sekarang masih lagi akan datang (coming soon) katanya. Kita cuma tungu dan lihat aja. Bukan apa, kod open source SixthSense itu boleh digunakan dimanipulasikan untuk pertandingan Open Kinect nih oleh Matt Cutt. Boleh menang USD 2000 tu tau~~ Wow!

Rujukan:


Ooigi.blog: "Saya sukakan kreativiti. Kreativiti ialah antara makanan minda yang berkhasiat bagi saya, hehe~"
:-D :-D :-D
.

3 comments: