Sakit hati bila mengenangkan kerja kursus, assignment, tugasan 'last menet', hancur lebur bila komputer atau laptop rosak teruk dan terpaksa di-format. Kalau dapat tahu awal, tadi dah buat salinan (backup) banyak-banyak. *geramnyaaa~~*
Betul nak tahu tanda-tanda awal dan kesan-kesan adanya virus pada komputer atau laptop Anda? Ini bukanlah cara yang disarakan oleh pihak Microsoft, tetapi lebih kepada pengalaman peribadi dan ilmu dari kawan-kawan. Sangat sesuai diamalkan tiga kali sehari, setiap kali sebelum makan *ahaks* =p Sebenarnya lebih praktikal diamalkan dengan komputer yang di-install Windows XP. (tanpa menghirau mana-mana Service Pack - SP1, SP2, SP3 - yang Anda gunakan)
Secara asasnya, jika terdapat virus yang sudah berada di dalam harddisk Anda, kesan pertama mungkin akan dilihat/dirasai ialah *mungkin* kelajuan komputer Anda semakin berkurang. Jika kebiasaannya Anda tidak perlu menunggu lama untuk membuka atau memulakan sesuatu program, faktor kelambatan pada komputer Anda mungkin disebabkan *antaranyalah* virus, malware, trojan, adware, bugs dan lain-lain. Pelbagai faktor perlu diambil kira jika kelajuan komputer Anda semakin berkurangan, jadi buat pemeriksaan terlebih dahulu sebelum Anda mengesyaki ianya berpunca dari virus. (Selalunya kita kurang pandai membezakan yang mana virus, malware, trojan dan lain-lain kerana tugasnya hampir sama - iaitu menyusahkan kita. Tetapi, yang pasti, setiap 'pembawa' masalah kepada komputer mempunyai nama dan maksud yang tersendiri)
Berikut adalah tanda-tanda *mungkin* Mr Virus dan kawan-kawannya telah menyerang komputer Anda.. (dengan menggunakan Admin account)
| 'Task Manager' tidak dapat dibuka
| 'Folder Option' tidak dapat dibuka
| pendrive/thumbdrive/yang disambung pada USB mempunyai masalah untuk dikeluarkan dengan 'Safely Remove Hardware'
| point 'System Restore' telah hilang semua/sebahagian
| antivirus tidak berfungsi seperti biasa - tidak dapat scan, update, program error dan lain-lain
| sesetengah program *contohnya Ccleaner* tidak dapat dilancarkan - samaada tidak dapat bermula, hilang .exe nya, telah di-uninstall automatik dan lain-lain
| hidden file (folder yang mempunyai data Anda) tidak dapat ditemui
| komputer 'restart' dengan sendirinya atau tiba-tiba
| sesetengah Admin Tools tidak dapat diakses (walaupun Anda ialah Admin)
| fungsi 'Run' command hilang, atau tidak dapat diakses
| icon 'folder' yang berwarna kuning mempunyai format berbentuk .exe
| adanya program yang tidak dikenali dapat dilihat pada 'Add or Remove program' pada 'Control Panel'
| folder 'Temp' pada Local Setting atau di dalam folder WINDOWS terdapatnya file berformatkan '.exe'
| shutdown tergendala kerana terdapatnya program yg mesti di-'end' barulah dapat shutdown
| 'Recycler' pada drive utama [C:\] dan partition lain [D:\] cthnya, tidak dapat dibuang dengan 'shift+delete'
| perisian yang memerlukan Anda install 'dotnetFx' atau perisian yang menggunakan 'C++ runtime library' tidak dapat digunakan lagi..
| startup pada Start Menu > All Programs > Startup diisi oleh benda yang asing dari pengetahuan Anda
| pada 'Task Manager' Anda (tab Performance), 'CPU Usage' mencecah 90% ke atas tanpa turun-turun, dan/atau 'PF Usage' Anda melebihi jumlah 200% RAM komputer Anda (RAM Anda: 512mB, PF Usage: 1024mB = dahsyat sangat tuu~~)
| pada 'Task Manager' Anda (tab Processes), terdapat 'Image Name' dgn nama yang pelik-pelik, bukan dari perisian yang Anda install (Amaran: dengan meng-klik 'End Process' pada sebarangan 'Image Name' boleh menyebabkan komputer Anda 'freeze', 'lag' atau rosak terus..)
| 'Windows Update' Anda telah di-disable-kan secara paksa (bukan Anda yang buat - ini menyebabkan Anda tidak dapat lagi memuaturun update Windows dari pihak Microsoft)
Sesetengah tanda-tanda awal dan kesan-kesan adanya virus pada komputer Anda di atas memerlukan pengetahuan yang lebih mendalam sedikit mengenai komputer yang Anda sayangi ini. Antaranya, kemahiran membaca 'extension' komputer (jenis-jenis fail komputer), mengenali yang mana satu 'protected operating system files', tatacara bagaimana virus boleh memasuki komputer atau mendapat akses masuk, mengenali fail-fail penting dalam 'system32' dan lain-lain lagi. InsyaAllah pada kesempatan akan datang, Ooigi.blog dapat menyiarkan bagaimana caranya membuang dan menghalang serangan virus walaupun Anda menggunakan perisian percuma dari internet.
Ooigi.blog: "Oowh~~ i get it~~ it's the 'virus' fault!" :(
.
No comments:
Post a Comment