Sunday, May 31, 2009

Apa Nak di-install Selepas Format Komputer >>

.
Habis dah mem-format komputer..
Barang semua (software/driver/installer) dah buang..
Bila hidupkan komputer balik..
Tak tahu nak buat apa dah..
Huhu..
tolongg~~

( blog post ini merujuk kepada Windows XP )
Biasanya, lepas format komputer kita akan install balik kelengkapan dengan semua keperluan dia kan? (ntah hapa2 tulisan nih) Kalau yang terer tu jamin macam makan kacang goreng manis pedas-pedas je dia cakap. Kalau kena pulak kat yang tak tahu atau baru , macam mana? Parah ni, parahh..

Driver ? 

Biasanya, lepas format dengan atur dia punya Windows settings (network, password dll), kita akan install 'driver' komputer dulu. Macam nama dia jugak, 'driver' ni senang cerita, dia boleh diibaratkan sebagai penunjuk jalan. Penunjuk jalan untuk siapa? Untuk semua software dan hardware dalam komputer tu. Dia akan bertindak sebagai polis traffik yang menjaga lalulintas, dari mana menuju ke mana. Cukup setakat itu cerita dongengnya.. :p

Nak install 'driver' bolehlah merujuk pada model motherboard komputer atau siri laptop (contohnya Acer 4520 dll)  yang dimiliki. Biasanya CD driver ini didatangkan sekali dengan komputer atau laptop. Dan memang pihak pengeluar akan melabelkan CD tersebut dengan nama 'drivers' atau 'drivers and utilities', atau dengan nama lain - yang penting Anda gunakan CD yang betul barulah driver tadi dapat di-install.

 Chipset

Mulakan dengan driver yang mempunyai nama 'chipset' - diikuti dengan lain-lain driver. 'Chipset' Ooigi boleh beri bayangan yang ianya adalah bahagian kepala, dan driver lain seperti 'sound driver', 'graphic driver', 'Lan/ network driver' dan lain-lainnya adalah bahagian yang seterusnya pula. Jadi, mulakan dengan kepala, lepas itu bolehlah di-install driver lain. 'Chipset' dulu, lepas itu baru driver yang lain, makacihh~~ :p (no further questions, okay?)

Sesudah semuanya, diulangi, SEMUA driver di-install, maka langkah seterusnya ialah install software-software yang nda biasa gunakan. Ingin tahu software (perisian) yang Ooigi.blog cadangkan untuk komputer /laptop Anda? Ikuti blog post seterusnya~~  \(^,^)/

Ooigi.blog: "Oowh! i get it~~ Driving the Driver. (Wait! Who's driving?)" :P
.

No comments:

Post a Comment