Monday, May 11, 2009

Harga dan Belanja untuk Sebuah Komputer? Siri 02 >>

.
Ringkasan untuk Harga dan Belanja untuk Sebuah Komputer Siri 01..

| muaturun pdf senarai harga dari [Lowyat.net]
| buat senarai baru untuk harga komputer yang dikehendaki di [Lowyat.net]
| 'pungut' senarai harga dari kedai sasaran dan kedai-kedai komputer bersebelahan
| catatkan harga untuk senarai harga dari kedai
| bandingkan dengan senarai harga [Lowyat.net]
| pilih yang terbaik dan mula membeli~~


Alternatif untuk mendapatkan harga komputer yang *berpatutan* dengan belanja yang kurang.. (ini terpulang kepada Anda membuat penilaian yang sewajarnya). Caranya ialah membeli komputer terpakai.. Anda pernah melihat iklan Google dimana kesemua barang yang terdapat pada iklan itu dapat dijual? Burung yang sedang terbang pun turut dapat dijual. (iklan yang kreatif bagi Ooigi). Begitu mudah bukan prosesnya? Segala-galanya boleh dijual. Laman sesawang iklan tersebut berada di [Mudah.my]. Pihak Ooigi telah pun membuat 'window shopping' di laman tersebut, dan mendapati ianya laman menjual barangan seperti [eBay], cuma laman ini untuk pasaran Malaysia. Sesetengah barangan tidak dinyatakan harga, maka dengan menggunakan senarai harga yang Anda telah sediakan, maka bolehlah Anda cuba tawar-menawar dengan pihak penjual. Malahan barangan terpakai tidak semestinya yang rosak, cuma statusnya sahaja 'dipakai', tetapi masih berkeadaan baik.

Sebelum terlupa, jika Anda adalah pembaca setia majalah-majalah permainan komputer, majalah berkaitan dengan hardware komputer - (yang muncul di fikiran ialah Hardware, GameAxis, PcMag dan lain-lain), tentunya Anda mendapati majalah sebegini dipenuhi dengan iklan yang bertimbun-timbun. Pergunakan iklan sebegini untuk Anda mendapatkan tafsiran berapakah harga komputer idaman Anda. Seperti biasa, buat senarai harga dan bandingkan. Pentingnya pendekatan menulis ini ialah, Anda akan secara tidak sedar akan mudah mengingati harga dan jenis-jenis barangan yang hendak dibeli. Pada akhirnya kelak boleh menambahkan keyakinan ketika mula tawar-menawar.


rujukan
: [www.Mudah.my] Laman utama
: [www.HardWareMag.com] HWM - HardWare Malaysia
: [www.PcMag.com] PC Mag
: [www.GameAxis.com] GameAxis

.

No comments:

Post a Comment