.
Harga komputer terlalu mahal?
Harga komputer terlalu mahal?
Berapa banyak belanja yang diperlukan untuk sebuah komputer?
Menggaru kepala yang tak gatal ketika membaca soalan di atas?
Ramai juga yang merasakan mereka agak terburu-buru ketika mula-mula hendak membeli komputer. Bagi yang berkemampuan, faktor kewangan tidak menjadi masalah-belanja untuk mana-mana harga yang terpampang di di kedai-kedai komputer atau pembelian melalui atas talian pun boleh diuruskan. Tetapi untuk mereka yang perlu bijak membahagikan belanja, harga komputer yang mahal boleh mendatangkan pening kepala yang tiba-tiba. *gurau je* Jadi, berapakah belanja yang perlu dan bagaimana membuat perbandingan harga untuk membeli sesebuah komputer (atau komputer riba) menjadi persoalannya sekarang.
DOWNLOAD SENARAI HARGA
Baik. Ini adalah kemahiran biasa digunakan oleh saya dan boleh dipraktikkan Anda. Lawati laman sesawang [Lowyat.net]. Kemudian lihat bahagian paling kiri, ada menu 'Lowyat Pricelist' - scroll ke bawah iklannya, dan di situ terpampang senarai tempat-tempat yang ada menjual barangan komputer. Ada computer peripherals, notebooks, apple/mac, software/games, handphone & accessories. Jika Anda klik pada 'computer peripherals' pada link Compuzone misalannya, Anda akan dapati bahawa Anda memuaturun (men-download) satu dokumen .pdf yang mengandungi senarai harga hardware-hardware komputer. Jika mahu, anda muaturun kesemuanya dan lihat senarai manakah yang menawarkan harga terbaik untuk perkakas (hardware) komputer yang diminati. Buat perbandingan harga (untuk barangan yang sama) antara kesemua senarai tersebut.
TULIS SENARAI BARU
Jadi Anda sudah boleh mengagak berapa belanja yang diperlukan untuk membeli komputer atau komputer riba idaman Anda. Pilih komputer yang dikehendaki, tulis satu senarai baru (senarai 1) anggaran harga barangan tersebut (dari terendah hingga yang paling mahal) dan ini akan memudahkan Anda tawar-menawar kelak.
MEMUNGUT
Ada satu lagi tugas sebelum anda pergi ke kedai komputer sasaran, iaitu Anda hendaklah 'memungut' kesemua flyer/pamphlets/leaflets senarai harga komputer dan perkakasnya yang terdapat di kedai komputer itu tadi. Pungut juga dari kedai-kedai komputer bersebelahan. Bandingkan harga sesama mereka, dan sekali lagi tuliskan anggaran harga untuk komputer idaman Anda tadi - dari harga yang paling rendah ke harga yang paling tinggi (senarai 2). Keluarkan senarai harga [Lowyat.net] (iaitu senarai 1), dan tulis julat harga pada senarai 2 tadi. Ini kelak boleh menjadi senjata Anda jika mereka (pihak kedai) mengatakan harga mereka adalah sama atau *standard* harga di Lowyat.
Selesai homework senarai harga tadi, kini Anda sudah boleh menuju ke kedai sasaran dan mula bertanya malah tawar-menawar. Jangan lupa membawa senarai harga Anda tadi - agar Anda tahu harga paling rendah boleh Anda pinta dan berapa harga tertinggi yang boleh diberi oleh jurujual kedai tersebut. Untuk lebih meyakinkan, bawa kawan (yang pandai berdebat - dan arif mengenai komputer) untuk membantu Anda tawar menawar. ;P
MERANCANG MASA MEMBELI
Satu lagi kemahiran mengatur belanja untuk mendapatkan harga komputer yang paling menguntungkan Anda - beli semasa terdapatnya jualan besar-besaran, khususnya semasa kempen Mega Sale satu Malaysia; atau beli semasa Pikom Pc Fair berada di tempat Anda. Datang awal pada hari pelancaran kempen jualan mereka kerana mungkin ada aktiviti-aktiviti yang membolehkan Anda menang komputer sebarang belanja, atau tawaran-tawaran istimewa untuk 'the early bird', cabutan bertuah, atau mungkin juga Anda berpeluang untuk mencuba dan menyaksikan sendiri spesifikasi komputer idaman. Tetapi, jangan lupa aktiviti 'memungut' tadi dan datang lagi pada hari kedua untuk mula membeli~~
BELI ONLINE
Membeli secara atas talian (online)?
Untuk pembelian sebegini, lawati laman sesawang mereka yang khusus untuk pelanggan dari Malaysia (ini terkecuali untuk Anda yang tinggal di luar negara). Pilih komputer dan perkakas idaman, dan beli mengikut belanja yang telah Anda peruntukkan. Antara laman sesawang adanya penjualan komputer atas talian adalah seperti laman [Dell], [Acer], [HP], [Asus] dan lain-lain. Jika Anda membeli untuk kegunaan peribadi, klik pada Products > Home/Personal. Gunakan enjin carian [Google.com] dan taip: nama brand <jarak> Malaysia. Buatlah pilihan yang bijak. =)
TERUS DARI KILANG
Satu cara lagi untuk merancang perbelanjaan ketika membandingkan harga komputer dan perkakasnya ialah membeli terus dari kilang. Atau cari 'broker' (aka orang tengah unofficial) yang membantu menjual bagi pihak kilang. Tapi Anda perlu berfikir tentang risiko membeli menggunakan cara begini - warranty yang ditawarkan, harga spare part, tulen atau tidak serta aspek-aspek lain meskipun mereka menawarkan barangan yang sama tetapi dengan harga yang lebih murah. Utamakan kualiti kerana Anda mahu komputer yang dibeli terjamin dan berkeadaan baik untuk tiga hingga lima tahun yang akan datang.
rujukan
: [www.Lowyat.net] laman utama
: [www.Pikom.org.my] laman utama Pikom PC Fair - di bawah menu 'Events and Programmes' klik [Pikom Pc Fair] untuk melihat jadual mereka.
: [my.Asus.com] Asus Malaysia
: [HP] Hewlett Packard Malaysia
: [www.Acer.com.my] Acer Malaysia
: [www.Dell.com.my] Dell Malaysia
.
No comments:
Post a Comment