Sunday, May 31, 2009

Ooigi.blog's Recommended Software for Your Computer >>

.
Format sudah, install driver pun sudah.
Sekarang giliran software pulak.
Software apa dan yang mana?

Senarai ini dibuat dengan membuat tanggapan Anda sukakan barangan yang free (just like me! hehe..) :p Dan senarai ini juga untuk Anda yang menggunakan komputer atau laptop peribadi sahaja. Kerana, tidak semua barangan percuma adalah untuk commercial use (digunakan untuk perniagaan atau apa-apa aktiviti yang membabitkan apa-apa transaksi). Peringatan: Hanya untuk Home use atau kegunaan peribadi SAHAJA - rujuk EULA untuk setiap software yang di-install.

[ Senarai software yang disarankan dibuat pada Jun 14hb, y2K9, kemungkinan besar link (pautan) akan berubah ]

Antivirus
Avast Home [www.Avast.com]
AVG Free [free.AVG.com]
Avira AntiVir [www.free-av.com]
GVR - Geekz Virus Remover [www.GeekzLife.net]
Kaspersky virus remover [http://avptool.virusinfo.info/en/]

Internet Browser
Mozilla Firefox (Mozilla Fx) [www.Mozilla.com]
Google Chrome [www.Google.com/Chrome]
Opera[www.Opera.com]
Internet Explorer 8 [http://www.microsoft.com/windows/Internet-explorer/default.aspx]

Media Player
KMPlayer [KMPlayer.en.softonic.com] - download [http://www.kmplayer.com/forums/index.php] - site
VLC Player [www.videolan.org/VLC/]
Windows Media Player 11 [http://www.microsoft.com/windows/windowsmedia/player/11/default.aspx]
K-Lite Codec Pack (standard) [http://www.codecguide.com/download_kl.htm] [www.codecguide.com]
Real Alternative (codec) [http://www.codecguide.com/download_real.htm]

File Sharing
LimeWire Music [www.pronetsharing.com]
LimeWire [www.LimeWire.com]
BearShare [www.BearShare.com]

Compressor
7zip [www.7-zip.org]
WinZip [www.WinZip.com] (problem with site)

Cleaning
Ccleaner [www.CCleaner.com]

Graphic Editing
GIMP [www.GIMP.org]
IrfanView [www.IrfanView.com]
PhotoScape [www.PhotoScape.org]
Google Picasa [Picasa.google.com]

Office Tools
Adobe Reader [http://get.adobe.com/reader/] [www.adobe.com] - site
Open Office [www.OpenOffice.org]
File Format Converters [http://www.microsoft.com/downloads/details.aspx?displaylang=en&FamilyID=941b3470-3ae9-4aee-8f43-c6bb74cd1466]
Wdviewer [http://www.microsoft.com/downloads/details.aspx?displaylang=en&FamilyID=3657ce88-7cfa-457a-9aec-f4f827f20cac]

Messaging
Skype [www.Skype.com]
Yahoo! Messenger [Messenger.Yahoo.com/]
Google Talk [http://www.google.com/talk/]
Windows Live Messenger [http://download.Live.com/Messenger]

Download Manager
Free Download Manager [www.FreeDownloadManager.org]
Orbit Downloader [www.OrbitDownloader.com]

Useful Software / Plugins
Unlocker [http://ccollomb.free.fr/unlocker/]
Adobe Air [http://www.adobe.com/products/air/]
Microsoft Silverlight [www.microsoft.com/Silverlight/]
Flash Player [http://get.adobe.com/FlashPlayer/]
Flash Player ActiveX [download dari www.FileHippo.com atau buat carian di Google]

DirectX 9.0c [http://www.microsoft.com/downloads/details.aspx?familyid=9226a611-62fe-4f61-aba1-914185249413&displaylang=en]
DirectX 10 [http://www.gamesforwindows.com/en-US/AboutGFW/Pages/DirectX10.aspx] Vista DirectX
Java [Java.com]
Shockwave [http://get.adobe.com/Shockwave/]
dotnetFx v1.1 redistributable [http://www.microsoft.com/downloads/details.aspx?familyid=262D25E3-F589-4842-8157-034D1E7CF3A3&displaylang=en]
dotnetfx v2.0 [http://www.microsoft.com/downloads/details.aspx?displaylang=en&FamilyID=0856eacb-4362-4b0d-8edd-aab15c5e04f5]
Microsoft's Image Resizer [http://www.microsoft.com/windowsxp/downloads/powertoys/xppowertoys.mspx]

Lama juga nak menyiapkan blog post nih. Nak mencari laman sesawangnya dan edit link. (maaf ya kalau link terlalu pajang - haha) :p Jadi, senarai diatas adalah perisian yang dicadangkan Ooigi.blog untuk Anda install kan kedalam komputer. Tapi, dalam banyak-banyak perisian yang ditulis di atas, Anda disarankan untuk memuaturun perisian di bawah kategori 'download manager' terlebih dahulu kerana sesetengah perisian mempunyai saiz yang agak dan besar dan ini pastinya mengambil masa yang panjang.

Pada saranan diatas, terdapat beberapa software yang hampir mempunyai fungsi yang sama. Contohnya pada bahagian 'media player'. Jika software yang digemari Anda adalah KMPlayer, jadi software seperti VLC Player tak perlulah di-install. Cuma untuk Windows Media Player tu, kalau suka yang version baru, bolehla dimuaturun. Kalau diikutkan, WMP 10 pun sudah memadai. Perlunya WMP di-install kerana sesetengah laman sesawang menggunakan plugins dari WMP untuk memaparkan video mereka. Jika Anda hanya melawati laman Youtube.com, mereka menggunakan plugins dari Macromedia (iaitu flash player) untuk memaparkan video-video Youtube secara 'streaming', jadi plugins WMP tidak digunakan. Cerita sebenar yang hendak ditekankan di sini ialah, Anda tidak perlu memuaturun kesemua software di atas. Muaturun apa yang perlu kerana ini boleh menjimatkan ruang cakera keras (harddisk) Anda. Anda mampu mengubahnya~~ :p

Ooigi.blog: "Oowh~~ i get it now- which software i need to install into my computer~~" :D

.

Apa Nak di-install Selepas Format Komputer >>

.
Habis dah mem-format komputer..
Barang semua (software/driver/installer) dah buang..
Bila hidupkan komputer balik..
Tak tahu nak buat apa dah..
Huhu..
tolongg~~

( blog post ini merujuk kepada Windows XP )
Biasanya, lepas format komputer kita akan install balik kelengkapan dengan semua keperluan dia kan? (ntah hapa2 tulisan nih) Kalau yang terer tu jamin macam makan kacang goreng manis pedas-pedas je dia cakap. Kalau kena pulak kat yang tak tahu atau baru , macam mana? Parah ni, parahh..

Driver ? 

Biasanya, lepas format dengan atur dia punya Windows settings (network, password dll), kita akan install 'driver' komputer dulu. Macam nama dia jugak, 'driver' ni senang cerita, dia boleh diibaratkan sebagai penunjuk jalan. Penunjuk jalan untuk siapa? Untuk semua software dan hardware dalam komputer tu. Dia akan bertindak sebagai polis traffik yang menjaga lalulintas, dari mana menuju ke mana. Cukup setakat itu cerita dongengnya.. :p

Nak install 'driver' bolehlah merujuk pada model motherboard komputer atau siri laptop (contohnya Acer 4520 dll)  yang dimiliki. Biasanya CD driver ini didatangkan sekali dengan komputer atau laptop. Dan memang pihak pengeluar akan melabelkan CD tersebut dengan nama 'drivers' atau 'drivers and utilities', atau dengan nama lain - yang penting Anda gunakan CD yang betul barulah driver tadi dapat di-install.

 Chipset

Mulakan dengan driver yang mempunyai nama 'chipset' - diikuti dengan lain-lain driver. 'Chipset' Ooigi boleh beri bayangan yang ianya adalah bahagian kepala, dan driver lain seperti 'sound driver', 'graphic driver', 'Lan/ network driver' dan lain-lainnya adalah bahagian yang seterusnya pula. Jadi, mulakan dengan kepala, lepas itu bolehlah di-install driver lain. 'Chipset' dulu, lepas itu baru driver yang lain, makacihh~~ :p (no further questions, okay?)

Sesudah semuanya, diulangi, SEMUA driver di-install, maka langkah seterusnya ialah install software-software yang nda biasa gunakan. Ingin tahu software (perisian) yang Ooigi.blog cadangkan untuk komputer /laptop Anda? Ikuti blog post seterusnya~~  \(^,^)/

Ooigi.blog: "Oowh! i get it~~ Driving the Driver. (Wait! Who's driving?)" :P
.

Wednesday, May 13, 2009

Tanda Awal dan Kesan-kesan Adanya Virus komputer >>

.
Sakit hati bila mengenangkan kerja kursus, assignment, tugasan 'last menet', hancur lebur bila komputer atau laptop rosak teruk dan terpaksa di-format. Kalau dapat tahu awal, tadi dah buat salinan (backup) banyak-banyak. *geramnyaaa~~*

Betul nak tahu tanda-tanda awal dan kesan-kesan adanya virus pada komputer atau laptop Anda? Ini bukanlah cara yang disarakan oleh pihak Microsoft, tetapi lebih kepada pengalaman peribadi dan ilmu dari kawan-kawan. Sangat sesuai diamalkan tiga kali sehari, setiap kali sebelum makan *ahaks* =p Sebenarnya lebih praktikal diamalkan dengan komputer yang di-install Windows XP. (tanpa menghirau mana-mana Service Pack - SP1, SP2, SP3 - yang Anda gunakan)

Secara asasnya, jika terdapat virus yang sudah berada di dalam harddisk Anda, kesan pertama mungkin akan dilihat/dirasai ialah *mungkin* kelajuan komputer Anda semakin berkurang. Jika kebiasaannya Anda tidak perlu menunggu lama untuk membuka atau memulakan sesuatu program, faktor kelambatan pada komputer Anda mungkin disebabkan *antaranyalah* virus, malware, trojan, adware, bugs dan lain-lain. Pelbagai faktor perlu diambil kira jika kelajuan komputer Anda semakin berkurangan, jadi buat pemeriksaan terlebih dahulu sebelum Anda mengesyaki ianya berpunca dari virus. (Selalunya kita kurang pandai membezakan yang mana virus, malware, trojan dan lain-lain kerana tugasnya hampir sama - iaitu menyusahkan kita. Tetapi, yang pasti, setiap 'pembawa' masalah kepada komputer mempunyai nama dan maksud yang tersendiri)

Berikut adalah tanda-tanda *mungkin* Mr Virus dan kawan-kawannya telah menyerang komputer Anda.. (dengan menggunakan Admin account)

| 'Task Manager' tidak dapat dibuka

| 'Folder Option' tidak dapat dibuka

| pendrive/thumbdrive/yang disambung pada USB mempunyai masalah untuk dikeluarkan dengan 'Safely Remove Hardware'

| point 'System Restore' telah hilang semua/sebahagian

| antivirus tidak berfungsi seperti biasa - tidak dapat scan, update, program error dan lain-lain

| sesetengah program *contohnya Ccleaner* tidak dapat dilancarkan - samaada tidak dapat bermula, hilang .exe nya, telah di-uninstall automatik dan lain-lain

| hidden file (folder yang mempunyai data Anda) tidak dapat ditemui

| komputer 'restart' dengan sendirinya atau tiba-tiba

| sesetengah Admin Tools tidak dapat diakses (walaupun Anda ialah Admin)

| fungsi 'Run' command hilang, atau tidak dapat diakses

| icon 'folder' yang berwarna kuning mempunyai format berbentuk .exe

| adanya program yang tidak dikenali dapat dilihat pada 'Add or Remove program' pada 'Control Panel'

| folder 'Temp' pada Local Setting atau di dalam folder WINDOWS terdapatnya file berformatkan '.exe'

| shutdown tergendala kerana terdapatnya program yg mesti di-'end' barulah dapat shutdown

| 'Recycler' pada drive utama [C:\] dan partition lain [D:\] cthnya, tidak dapat dibuang dengan 'shift+delete'

| perisian yang memerlukan Anda install 'dotnetFx' atau perisian yang menggunakan 'C++ runtime library' tidak dapat digunakan lagi..

| startup pada Start Menu > All Programs > Startup diisi oleh benda yang asing dari pengetahuan Anda

| pada 'Task Manager' Anda (tab Performance), 'CPU Usage' mencecah 90% ke atas tanpa turun-turun, dan/atau 'PF Usage' Anda melebihi jumlah 200% RAM komputer Anda (RAM Anda: 512mB, PF Usage: 1024mB = dahsyat sangat tuu~~)

| pada 'Task Manager' Anda (tab Processes), terdapat 'Image Name' dgn nama yang pelik-pelik, bukan dari perisian yang Anda install (Amaran: dengan meng-klik 'End Process' pada sebarangan 'Image Name' boleh menyebabkan komputer Anda 'freeze', 'lag' atau rosak terus..)

| 'Windows Update' Anda telah di-disable-kan secara paksa (bukan Anda yang buat - ini menyebabkan Anda tidak dapat lagi memuaturun update Windows dari pihak Microsoft)

Sesetengah tanda-tanda awal dan kesan-kesan adanya virus pada komputer Anda di atas memerlukan pengetahuan yang lebih mendalam sedikit mengenai komputer yang Anda sayangi ini. Antaranya, kemahiran membaca 'extension' komputer (jenis-jenis fail komputer), mengenali yang mana satu 'protected operating system files', tatacara bagaimana virus boleh memasuki komputer atau mendapat akses masuk, mengenali fail-fail penting dalam 'system32' dan lain-lain lagi. InsyaAllah pada kesempatan akan datang, Ooigi.blog dapat menyiarkan bagaimana caranya membuang dan menghalang serangan virus walaupun Anda menggunakan perisian percuma dari internet.


Ooigi.blog: "Oowh~~ i get it~~ it's the 'virus' fault!" :(

.

Monday, May 11, 2009

Harga dan Belanja untuk Sebuah Komputer? Siri 02 >>

.
Ringkasan untuk Harga dan Belanja untuk Sebuah Komputer Siri 01..

| muaturun pdf senarai harga dari [Lowyat.net]
| buat senarai baru untuk harga komputer yang dikehendaki di [Lowyat.net]
| 'pungut' senarai harga dari kedai sasaran dan kedai-kedai komputer bersebelahan
| catatkan harga untuk senarai harga dari kedai
| bandingkan dengan senarai harga [Lowyat.net]
| pilih yang terbaik dan mula membeli~~


Alternatif untuk mendapatkan harga komputer yang *berpatutan* dengan belanja yang kurang.. (ini terpulang kepada Anda membuat penilaian yang sewajarnya). Caranya ialah membeli komputer terpakai.. Anda pernah melihat iklan Google dimana kesemua barang yang terdapat pada iklan itu dapat dijual? Burung yang sedang terbang pun turut dapat dijual. (iklan yang kreatif bagi Ooigi). Begitu mudah bukan prosesnya? Segala-galanya boleh dijual. Laman sesawang iklan tersebut berada di [Mudah.my]. Pihak Ooigi telah pun membuat 'window shopping' di laman tersebut, dan mendapati ianya laman menjual barangan seperti [eBay], cuma laman ini untuk pasaran Malaysia. Sesetengah barangan tidak dinyatakan harga, maka dengan menggunakan senarai harga yang Anda telah sediakan, maka bolehlah Anda cuba tawar-menawar dengan pihak penjual. Malahan barangan terpakai tidak semestinya yang rosak, cuma statusnya sahaja 'dipakai', tetapi masih berkeadaan baik.

Sebelum terlupa, jika Anda adalah pembaca setia majalah-majalah permainan komputer, majalah berkaitan dengan hardware komputer - (yang muncul di fikiran ialah Hardware, GameAxis, PcMag dan lain-lain), tentunya Anda mendapati majalah sebegini dipenuhi dengan iklan yang bertimbun-timbun. Pergunakan iklan sebegini untuk Anda mendapatkan tafsiran berapakah harga komputer idaman Anda. Seperti biasa, buat senarai harga dan bandingkan. Pentingnya pendekatan menulis ini ialah, Anda akan secara tidak sedar akan mudah mengingati harga dan jenis-jenis barangan yang hendak dibeli. Pada akhirnya kelak boleh menambahkan keyakinan ketika mula tawar-menawar.


rujukan
: [www.Mudah.my] Laman utama
: [www.HardWareMag.com] HWM - HardWare Malaysia
: [www.PcMag.com] PC Mag
: [www.GameAxis.com] GameAxis

.

Saturday, May 9, 2009

Harga dan Belanja untuk Sebuah Komputer? >>

.
Harga komputer terlalu mahal?
Berapa banyak belanja yang diperlukan untuk sebuah komputer?
Menggaru kepala yang tak gatal ketika membaca soalan di atas?


Ramai juga yang merasakan mereka agak terburu-buru ketika mula-mula hendak membeli komputer. Bagi yang berkemampuan, faktor kewangan tidak menjadi masalah-belanja untuk mana-mana harga yang terpampang di di kedai-kedai komputer atau pembelian melalui atas talian pun boleh diuruskan. Tetapi untuk mereka yang perlu bijak membahagikan belanja, harga komputer yang mahal boleh mendatangkan pening kepala yang tiba-tiba. *gurau je* Jadi, berapakah belanja yang perlu dan bagaimana membuat perbandingan harga untuk membeli sesebuah komputer (atau komputer riba) menjadi persoalannya sekarang.

DOWNLOAD SENARAI HARGA

Baik. Ini adalah kemahiran biasa digunakan oleh saya dan boleh dipraktikkan Anda. Lawati laman sesawang [Lowyat.net]. Kemudian lihat bahagian paling kiri, ada menu 'Lowyat Pricelist' - scroll ke bawah iklannya, dan di situ terpampang senarai tempat-tempat yang ada menjual barangan komputer. Ada computer peripherals, notebooks, apple/mac, software/games, handphone & accessories. Jika Anda klik pada 'computer peripherals' pada link Compuzone misalannya, Anda akan dapati bahawa Anda memuaturun (men-download) satu dokumen .pdf yang mengandungi senarai harga hardware-hardware komputer. Jika mahu, anda muaturun kesemuanya dan lihat senarai manakah yang menawarkan harga terbaik untuk perkakas (hardware) komputer yang diminati. Buat perbandingan harga (untuk barangan yang sama) antara kesemua senarai tersebut.

TULIS SENARAI BARU

Jadi Anda sudah boleh mengagak berapa belanja yang diperlukan untuk membeli komputer atau komputer riba idaman Anda. Pilih komputer yang dikehendaki, tulis satu senarai baru (senarai 1) anggaran harga barangan tersebut (dari terendah hingga yang paling mahal) dan ini akan memudahkan Anda tawar-menawar kelak.

MEMUNGUT

Ada satu lagi tugas sebelum anda pergi ke kedai komputer sasaran, iaitu Anda hendaklah 'memungut' kesemua flyer/pamphlets/leaflets senarai harga komputer dan perkakasnya yang terdapat di kedai komputer itu tadi. Pungut juga dari kedai-kedai komputer bersebelahan. Bandingkan harga sesama mereka, dan sekali lagi tuliskan anggaran harga untuk komputer idaman Anda tadi - dari harga yang paling rendah ke harga yang paling tinggi (senarai 2). Keluarkan senarai harga [Lowyat.net] (iaitu senarai 1), dan tulis julat harga pada senarai 2 tadi. Ini kelak boleh menjadi senjata Anda jika mereka (pihak kedai) mengatakan harga mereka adalah sama atau *standard* harga di Lowyat.

Selesai homework senarai harga tadi, kini Anda sudah boleh menuju ke kedai sasaran dan mula bertanya malah tawar-menawar. Jangan lupa membawa senarai harga Anda tadi - agar Anda tahu harga paling rendah boleh Anda pinta dan berapa harga tertinggi yang boleh diberi oleh jurujual kedai tersebut. Untuk lebih meyakinkan, bawa kawan (yang pandai berdebat - dan arif mengenai komputer) untuk membantu Anda tawar menawar. ;P

MERANCANG MASA MEMBELI

Satu lagi kemahiran mengatur belanja untuk mendapatkan harga komputer yang paling menguntungkan Anda - beli semasa terdapatnya jualan besar-besaran, khususnya semasa kempen Mega Sale satu Malaysia; atau beli semasa Pikom Pc Fair berada di tempat Anda. Datang awal pada hari pelancaran kempen jualan mereka kerana mungkin ada aktiviti-aktiviti yang membolehkan Anda menang komputer sebarang belanja, atau tawaran-tawaran istimewa untuk 'the early bird', cabutan bertuah, atau mungkin juga Anda berpeluang untuk mencuba dan menyaksikan sendiri spesifikasi komputer idaman. Tetapi, jangan lupa aktiviti 'memungut' tadi dan datang lagi pada hari kedua untuk mula membeli~~

BELI ONLINE

Membeli secara atas talian (online)?
Untuk pembelian sebegini, lawati laman sesawang mereka yang khusus untuk pelanggan dari Malaysia (ini terkecuali untuk Anda yang tinggal di luar negara). Pilih komputer dan perkakas idaman, dan beli mengikut belanja yang telah Anda peruntukkan. Antara laman sesawang adanya penjualan komputer atas talian adalah seperti laman [Dell], [Acer], [HP], [Asus] dan lain-lain. Jika Anda membeli untuk kegunaan peribadi, klik pada Products > Home/Personal. Gunakan enjin carian [Google.com] dan taip: nama brand <jarak> Malaysia. Buatlah pilihan yang bijak. =)

TERUS DARI KILANG

Satu cara lagi untuk merancang perbelanjaan ketika membandingkan harga komputer dan perkakasnya ialah membeli terus dari kilang. Atau cari 'broker' (aka orang tengah unofficial) yang membantu menjual bagi pihak kilang. Tapi Anda perlu berfikir tentang risiko membeli menggunakan cara begini - warranty yang ditawarkan, harga spare part, tulen atau tidak serta aspek-aspek lain meskipun mereka menawarkan barangan yang sama tetapi dengan harga yang lebih murah. Utamakan kualiti kerana Anda mahu komputer yang dibeli terjamin dan berkeadaan baik untuk tiga hingga lima tahun yang akan datang.


rujukan
: [www.Lowyat.net] laman utama
: [www.Pikom.org.my] laman utama Pikom PC Fair - di bawah menu 'Events and Programmes' klik [Pikom Pc Fair] untuk melihat jadual mereka.
: [my.Asus.com] Asus Malaysia
: [HP] Hewlett Packard Malaysia
: [www.Acer.com.my] Acer Malaysia
: [www.Dell.com.my] Dell Malaysia

.