Saturday, May 28, 2011

Panduan Helang 06 membeli komputer atau PC baharu~

Tughra.
.: Panduan ini dialihbahasa dari 'Logical Increments PC Buying Guide' oleh Th !e.FaLcon06. 

Ia bukan dari pengalaman saya sendiri, tapi panduan ini boleh digunapakai apabila hendak membeli komputer atau PC yang baru~ 

Untuk menaiktaraf/upgrade PC pun boleh juga~  :-)


Panduan Penting:
Ini hanyalah panduan sahaja. Komponen-komponen komputer yang dicadangkan memanglah terbaek, tapi sebenarnya anda boleh dapatkan komponen yang lebih baik lagi jika anda membuat kajian sendiri. JANGAN membeli mana-mana komponen kerana mendengar "si fulan cakap nih bagus".
Keserasian: Adalah amat dan sangat-sangat penting bagi anda memastikan apa yang anda beli serasi antara satu sama lain. Contohnya hardware baru itu muat dan dapat dimasukkan ke dalam CPU case anda, dan tidak membebankan bekalan kuasa PSU.
Harga: Semuanya komponen adalah dalam harga $USD, kebanyakannya diambil dari Newegg. Anda PASTI boleh mengurangkan jumlah perbelanjaan jika anda beli komponen combo, atau membandingkan harga komponen yang sama tapi dari kedai yang berlainan.
Gaming: Binaan komponen-komponen ini adalah binaan terbaek untuk bermain games, jika anda bukan seorang gamer, maka dapatkan GPU yang lebih rendah dan gunakan lebihan belanja untuk upgrade komponen lain, contohnya membeli SSD.
Keperluan: Beli komponen yang cukup untuk kegunaan anda. Membeli hardware yang terlalu mahal tetapi tidak digunakan sepenuhnya hanyalah membazir membuang duit sahaja. Keadaan ini selalu terjadi ketika membeli CPU dan RAM.
Nota: Setiap binaan ini mengandungi komponen dan alternatifnya disenaraikan mengikut harga, bukan mengikut kegemaran atau prestasinya. Kadang-kadang terdapat komponen alternatif yang lebih mahal dengan prestasi yang lebih baek.
Sumber: Terdapat 3 versi untuk panduan ini: Versi penuh (http://tinyurl.com/FalconGuide), versi padat (htttp://tinyurl.com/FalconGuideLite), versi ringkas (http://tinyurl.com/FalconGuideSimple).
Penghargaan: Diberi kepada mereka dari /g/ yang banyak membantu, kepada /g/uideX, Gentoon Link, Lolicon, !LiMR.MODv, I am !Google, GodMode, Orange Jews, !noCURR, Acbn, mtndew, TheChecker, Radish, !ibdeLETEdU, !sRYnNViDIA, bedford, !rMACSUCKsA, Sand !Ebridgeevc, dan ramai lagi yang membantu 95% dalam menghasilkan panduan ini.


HDD:
Pilihan: Untuk OS dan aplikasi komputer, F3 Spinpoint atau WD Black pun sudah bagus. Kedua-duanya sama prestasi, jadi dapatkan yang mana lebih murah. WD Green/Blue adalah HDD yang lebih murah harganya.
Platter: HDD biasanya ada platter 250/320/500/667GB. Jika terdapat pilihan, beli HDD dengan kepadatan platter yang paling tinggi, atau HDD dengan jumlah platter yang paling sikit. Ini mengurangkan risiko kegagalan mekanikal.
Kapasiti: Pilih HDD yang sesuai dengan kegunaan anda, 320GB biasanya cukup untuk pengguna biasa, 500GB ialah pengguna pertengahan, dan kapasiti 1TB ke atas untuk mereka yang gemar menyimpan cerita/drama bersiri yang berkualiti tinggi.
Tip: i) HDD adalah amat senang diganti atau ditambah kapasitinya. Jika perbelanjaan anda tidak mencukupi, belilah HDD yang anda mampu dahulu, kemudiannya tambah lagi bila anda mampu. Dapatkan HDD dengan 7200 RPM SATA drive, bukan yang IDE punya.
ii) Yang RAID punya adalah cara yang lebih murah untuk meningkatkan kelajuan membaca/menulis HDD atau sebagai simpanan backup. Apakan daya, anda memang perlukan lebih dari satu HDD, dan ini bakal mengorbankan kestabilannya..

SSD:
Kebaikan: Solid State Drive berfungsi menyimpan data, sama seperti Hard Disk Drive. SSD tiada bahagian-bahagian yang bergerak, lebih senyap, kurang risiko kerosakan mekanikal, kurang menggunakan tenaga, dan yang paling penting, kelajuan SSD sangat-sangat cepat~
Keburukan: Kapasiti SSD adalah lebih kecil, dan terlalu mahal berbanding dengan harga HDD. Sesiapa pun tidak mahu membuang masa mereka menunggu komputer reboot atau mana-mana aplikasi bermula lambat.
Keputusannya: SSD tidak digalakkan untuk pengguna biasa, kecuali untuk kegunaan "bertaraf tinggi", perniagaan, dan untuk pengguna yang lebih mahir (advanced). Jika anda ada bajet $1000 ke atas, maka SSD adalah disyorkan.
Tips: i) SSD adalah sangat bagus untuk di-install OS dan program yang kerap digunakan. Carilah kapasiti dalam 60-120GB, dengan harga kurang dari $200 jika boleh.
ii) Bagi sesetangah pengguna, membeli SSD adalah lebih baik dari membeli komputer yang power. Beza masa menunggu pun jelas. Kadang-kadang, kekangan terbesar untuk komputer menjadi lebih pantas ialah kerna HDDnya.
iii) SSD adalah hardware yang terbaekkk~ Masalahnya harga SSD sekarang adalah sangat-sangat mahal. Anda PATUT beli SSD, tapi tunggulah harganya turun sikit. (pertengahan 2011?).
Amaran: Teknologi SSD tengah cepat berkembang, SSD yang otai hari ni mungkin tak otai lagi dah selepas beberapa minggu. Saranan dibawah hendaklah dipilih dengan SANGAT BERHATI-HATI.
Jenama: "Sangat pantas": Corsair Performance Series 3, Crucial m4, Intel 510, OCZ Vertex 3. "Laju dan murah": Corsair Force, Crucial C300, Intel 320, OCZ Agility 2/Vertex 2, Samsung 470 .

RAM:
Saiz: 2GB untuk berjimat, 4GB untuk kegunaan biasa, 8GB untuk para peminatnya. Lebih besar saiz tidak menambahkan prestasi komputer, kecuali untuk kes-kes tertentu bagi beberapa program professional.
Jenama: Corsair, G.Skill dan Kingston terkenal kerana kawalan kualitinya. Crucial, GeIL dan Mushkin juga bagus. RAM yang dibeli dari pembuat lain pun boleh juga.
Kelajuan: Beli RAM jenis DDR3. Beza 1333MHz dengan 1600MHz adalah lebih kurang sama, belilah yang lebih murah. Sama juga kalau tengok dari segi CAS latencies. DDR3 biasanya run pada 1066Mhz, kena OC kalau nak lagi tinggi.
Tips: RAM senang untuk ditukar atau ditambah. Kalau nak berjimat, cari yang 2GB punya, nanti boleh tambah lagi bila ada belanja. Mencampurkan RAM yang dari pelbagai jenis adalah tidak digalakkan. Heatsink untuk RAM adalah tidak berguna melainkan anda melakukan ekstrem OC.

CASE:
Pemilihan: Saranan untuk mana-mana case adalah terpulang kepada individu. Ada case yang dilihat cantik tapi buruk pada pandangan orang lain. Pilih case yang ANDA sendiri suka.
Kriteria: Cadangan adalah berdasarkan harga dan ciri-ciri yang ditawarkan. Case yang bagus sepatutnya muat untuk semua hardware komputer, ada aliran pengudaraan yang bagus, and hendaklah tegap. PSU yang boleh di-bottom mounted dan mempunyai sistem pengurusan cable memang adalah bonus untuk sesuatu case komputer.
Alternatif: Jika anda sudah menemui case pilihan yang ada memiliki kriteria-kriteria di atas, beli aja walaupun jenamanya tidak disenaraikan di sini, selagi harganya berpatutan.
Dikecualikan: Antara case komputer yang dikecualikan dari senarai (terlalu mahal/tidak sebagus case alternatif/dll dll) ialah: kebanyakan (BANYAK WOO) case jenama Lian Li, Corsair 600T/650D/700D/800D, Antec P150/183/300/600/900, Cooler Master Scout/Sniper/Sileo 500, Fractal Define R2/R3/Arc Midi, SilverStone RV-02.
Penapis debu/habuk: Jika persekitaran anda agak berdebu atau ada haiwan peliharaan, penapis habuk berguna untuk memastikan dalaman komputer anda bersih. Harganya juga murah.
Tips: i) Case yang bagus dapat bertahan untuk beberapa kali binaan (cthnya ketika penambahan/penukaran hardware). Ingat, anda akan hidup bersama dengan case yang anda pilih, jadi beli case yang sedap mata anda memandang. Pilihla dengan bijak.
ii) Jangan membayar lebih untuk case yang ada tingkap sisi atau ada lebih LED. Barang tambahan ini tiada kesan langsung untuk prestasi sistem komputer anda. "Cold cathodes" pun bukannya menyejukkan pun.

PSU:
Pilihan: Kalau dari segi harga: beli Antec, Seasonic dan Corsair ialah jenama yang bagus. OCZ/PCP&C dan SilverStone kira ok-ok la. HEC dengan CM boleh diterima lagi. Beli PSU yang diiktiraf 80+. Jangan tergesa-gesa atau membeli sembarangan PSU: jenis yang biasa-biasa boleh merosakkan komputer.
Kiraan: Gunakan kalkulator PSU untuk mengira tenaga yang diperlukan tapi jumlah kuasa itu tadi anda tambah lebih sedikit. Atau ikut jumlah yang ditunjukkan dalam senarai (PSUnya sudah dikira awal).
Dikecualikan: i) Banyak PSU yang turut dikecualikan dari senarai. Ini kerana harganya yang terlalu mahal, walaupun PSU itu lebih senyap/kurang gegar/lebih cekap.
ii) Seasonic X series, Corsair HX/Gold/Professional series, high-end PSU Enermax adalah antara PSU yang berkualiti, tapi cari yang 2x atau 3x ganda harga dalam senarai ini.
Susunan: Kebanyakan PSU wayar-wayarnya sudah tetap. Ada PSU yang modular membolehkan wayar-wayarnya dikurangkan atau ditambah ikut keperluan supaya kurang berselerak dan memperbaiki pengaliran udara, tapi PSU sebegini lebih mahal.
Amaran: PSU Antec Basiq (untuk binaan termurah) hanya ada 1 je sambungan SATA, walaupun model yang lebih baru dikatakan ada 3 sambungan. Pastikan anda betul-betul mahu PSU ini sebelum dibeli.
Anomaly: PSU Antec CP-850 memang murah dan bagus prestasinya, tetapi ia HANYA MUAT/SERASI dengan case Antec 1200/P183/P193. Jika anda betul-betul membeli case tadi, maka bolehla membeli PSU Antec Basiq tadi.
Tips: i) Salah membeli PSU memang boleh merosakkan terus komputer anda. Melabur $20 untuk PSU hampeh atau kurang kuasanya bakal merosakkan terus komputer $1,000 anda.
ii) Kalau ada combo atau jualan murah untuk PSU tenaga yang berkapasiti besar lebih dari yang anda perlukan dan harganya lebih murah, jangan lengah-lengah beli terus. Ada juga PSU yang dijual tiada power cord, jadi periksa dulu sebelum beli.
iii) PSU cuma membekalkan tenaga sebanyak mana yang diperlukan. Contohnya: PSU dengan 700W cuma membekalkan 300W sahaja apabila komputer memerlukan 300W tenaga. Rujuk http://www.jonnyguru.com untuk ulasan mengenai PSU.

GPU:
Jenama: ASUS, EVGA, Gigabyte dan MSI adalah pengeluar GPU yang sangat bagus. Sapphire, XFX dan Zotac pun boleh tahan. HIS pula dalam kategori ok-ok. Bila nak beli, cari GPU dengan waranti dan heatsink/kipas yang betul-betul menyejukkan.
Tahap-tahap: i) Secara umumnya: Harga dibawah $100 ialah GPU tahap rendah, $100-$200 ialah sederhana, $200-$300 tahap tinggi, GPU berharga lebih dari $300 ke atas adalah GPU yang terotai sekali tahapnya. Kalau tahap otai nih best untuk multi-monitor gaming~
ii) Tahap rendah: boleh main game lama macam biasa (game sebelum tahun 2006), tapi game moden sekarang mungkin boleh main dengan setting paling rendah sekali, takpun tak boleh dimain langsung. Tahap sederhana: Boleh main game sekarang, tapi dengan setting sederhanalah. Tahap tinggi: Boleh main game dengan setting paling tinggi.
Resolusi: Resolusi paling mempengaruhi prestasi GPU. 1920x1080 ialah resolusi yang agak popular sekarang, tapi GPU resolusi tahap sederhana atau tahap rendah boleh lagi main game sekarang tapi dengan resolusi yang lebih rendah.
Amaran: Saranan harga hardware adalah tepat ketika senarai dibuat. Jika hardware tersebut ternyata lebih mahal, atau GPU alternatif lebih murah dari biasa, maka senarai di atas boleh diabaikan.
Alternatif: Pertimbangkan juga GPU cards lain yang "memang bagus, tetapi..." jika ia dijual murah dengan diskaun/combo: 240, 250, 4850, 4870, 5850, 5870, 470.
HSF: i) Kebanyakan graphic card dengan rekabentuk tertentu mempunyai prestasi/bising/suhu yang hampir sama disebabkan binaan dalam dan HSFnya serupa. Hanya sticker mereka saja yang berbeza.
ii) Graphic card dengan HSF istimewa berharga lebih mahal, tetapi ia lebih menyejukkan, senang di-OC dan lebih senyap. Contohnya MSI Twin Frozr dan Gigabyte Windforce.
Tips: i) Ketika membandingkan benchmark GPU, beri perhatian lebih untuk prestasi game yang dimain dengan resolusi komputer anda. Benchmark sintetik untuk GPU tidak perlu diberi penekanan sangat.
ii) Pemasangan SLI/CF mungkin meningkatkan prestasi graphic card tunggal, tapi ia mungkin bising sedikit (microstutter) atau mempunyai masalah suhu/penggunaan tenaga/upgrade nanti. 580 ialah card yang bagus, tapi harganya terlampaulah mahal.
iii) Untuk GPU yang bagus dan berbaloi untuk dibeli selalunya GPU tahap sederhana. GPU dengan tahap yang lebih tinggi memang harganya pun semakin mahal. Kadang-kadang GPU yang mahal nih la prestasinya hampehs.
iv) Panduan umum: GPU tahap sederhana lebih bagus dari yang tahap tinggi, dan nVidia juga (selalunya) ada sokongan driver jika menggunakan OS Linux.
v) Jangan lupa untuk pastikan kuasa PSU anda cukup untuk GPU anda, cukup wayar-wayarnya (jika ia SLI/Crossfire), dan case komputer juga muat untuk GPU agar ruang pengudaraan dan penyejukan tidak tersekat.

CPU:
Keperluan: Beli CPU mengikut keperluan. Ramai yang membeli CPU yang high-end tapi tak memanfaatkan sepenuhnya potensi sebenarnya, sedangkan mereka boleh membeli CPU yang jauh lebih murah dan cukup untuk kegunaan mereka.
Teras: Kebanyakan game cuma mengunakan 1 hingga 2 teras (cores) sahaja, dan cuma terdapat beberapa game terkini yang menggunakan lebih dari 2 teras (dan game pada masa depan tentunya). Membeli CPU dengan teras yang lebih banyak tidak semestinya meningkatkan prestasi ketika bermain game.
Batas: Prestasi game baru sekarang kebanyakannya tersekat mengikut kemampuan GPU yang anda guna. Untuk prestasi game yang optimum, utamakan membeli GPU yang bagus dari membeli CPU. CPU i5 atau ke atas cuma memberi sedikit kesan atau tiada langsung untuk prestasi game anda.
6 teras: Tak perlulah membeli CPU 6 teras (hexacores) dulu. Kalau banding dengan harga yang sama, CPU i5/i7 lebih bagus lagi dari CPU 6 teras AMD. CPU Intel pula masih terlalu mahal.
Tips: i) Untuk komputer binaan yang murah (budget), guna Athlon II. Phenom II untuk binaan sederhana, dan i5 pula untuk yang high-end. i7 biasanya digunakan oleh professional dan peminat yang dapat memanfaatkan sepenuhnya kuasa dan potensi CPU ini. CPU Intel K sangat sangat sangat bagus untuk buat overclock.
ii) CPU tahap tinggi (i7) biasanya mempunyai fungsi hyper-threading, jadi dapat membuat lebih banyak tugas. Fungsi ini mungkin meningkatkan kemampuan beberapa program komputer, tetapi tidak semestinya meningkatkan gaming experience.

MOBO:
Jenama: Mobo yang kualitinya bagus: ASUS, EVGA, Gigabye dan MSI. ASRock dan ECS pun ok juga. Cuma mobo disini lebih kepada kegunaan bermain game, jadi mobo untuk kegunaan pejabat atau kerja tiada dalm panduan ini.
AMD+SLI: Asalnya mobo AMD tidak menyokong SLI. Jika anda ingin menggunakan GPU SLI nVidia pada mobo AMD, anda perlu men-download beberapa softare (ikut nasiblah kalau ada), atau pilih antara mobo-mobo ini: MSI NF750-G55, ASUS M4N75TD, MSI 870A FUZION, ASUS M4N98TD EVO, atau MSI NF980-G65. Adalah diingatkan bahawa mobo-mobo ini menggunakan chipset nForce northbridge.
Amaran: i) Bagi komponen lain, julat perbezaan harga menyebabkan saranan hanya terhad untuk satu atau dua pilihan. Berlainan dengan mobo, untuk mana-mana julat perbezaan harga, sekurang-kurangnya terdapat hingga 7 atau 8 lagi mobo yang bagus-bagus!
ii) Jika semua mobo bagus ditulis, maka senarai ini akan menjadi sangat panjang, hujungnya nanti tidak banyak membantu. Tapi, ini juga bemaksud ada mobo yang bagus, tapi tidak disenaraikan. Kena pandailah mencari sendiri. (Mobo yang tersenarai memang yang agak bagus dari pilihan yang ada. Jika harga berubah, maka senarai ini juga berubah. Anda juga mungkin akan menemui combo mobo yang berbaloi tapi tidak tersenarai).
Tips: i) Terlalu banyak mobo yang berada di pasaran, chipset pun ada banyak jenis, jadi sukar untuk membuat perbincangan dan pemilihan mobo mana yang lebih baik.
ii) Ringkasnya, dapatkan mobo yang padan dengan CPU anda, mempunyai chipset yang terkini, cukup ruang jika ingin menambah RAM/HDD atau menukar GPU baru, dan kalau boleh mobo yang ada USB 3.0 dan SATA 6Gb/s.
iii) Juga janganlah membeli mobo kerana ianya terdapat ciri-ciri tambahan yang anda tidak gunakan. Contohnya membeli mobo yang menyokong quad-SLI sedangkan anda hanya pasang/guna satu GPU sahaja.
iv) Beza antara mobo x16/x16 dengan mobo x8/x8 adalah kecil (FPS berkurang dalam 2%-3%), tak berbaloi jika dijadikan asbab untuk tidak membeli mobo ini. Kalau 16x/4x ada beza sikit, hilang dalam ~20%.

HSF:
Pilihan: Kalau tak buat OCing, HSF yang asal pun sudah cukup. Untuk penyejukan udara: CM Hyper 212+ ($30), Scythe Mugen II/SCMG-2100 ($40), Noctua NH-U12P ($75), Noctua NH-D14 ($90). Penyejukan air: Terlalu maju untuk panduan ini.
Stock HSF: Ramai yang fikir stock HSF (HSF asal, yang diberi percuma dengan hardware yang anda beli) tidak bagus. Sebenarnya HSF yang asal ini sudah memadai untuk digunakan, lainlah jika anda OC, HSF ini akan menjadi lebih bising.
Beli lain: Kalau beli yang baru, ia agak menelan belanja. Tetapi ia lebih senyap, ada pengaliran haba yang baik, senang nak buat OC dahsyat. Jika HSF asal sudah bagus, tidak perlulah membeli yang lain lagi.
Tips: Pastikan HSF yang dibeli muat untuk dimasukkan ke dalam komputer case anda, yang paling pentingnya ia tidak mengganggu komponen-komponen lain di dalam (terutamanya RAM). Sila lawati http://www.frostytech.com untuk saranan HSF yang bagus.

Perkakas Tambahan:
Combo drive: Secara teknikalnya combo drive bukan perkakas tambahan. Kalau jumpa DVD-writer Samsung/LG/LITE-ON/Sony harga dalam $20-$25 pun sudah bagus. Beli drive yang SATA punya, bukan IDE.
Lain-lain: Anda masih perlukan: Monitor/Keyboard/Mouse/Speaker atau Headphone. Pemilihan perkakas ini terpulang kepada citarasa anda, dan hampir semuanya sudah mempunyai panduan mereka sendiri. Contohnya, Harga Monitor di antara $100 hingga $1000. Keyboard dan mouse pula dari $5 hingga $200 atau lebih. Jadi saranan untuk perkakas sebegini sukar untuk dibuat, malah pilihan adalah berbeza antara individu.

OS:
Kenapa: Selain dari perkakas tambahan, anda tetap perlukan sebuah OS. 3 kumpulan OS utama (yang popular) sekarang: Microsoft Windows, MAC OS X, GNU/Linux.
Windows: Versi terbaru ialah Windows 7. OS paling popular di kalangan gamers. Kebanyakan orang suka menggunakan Windows pirate supaya tidak perlu membayar lesen. Ini adalah melanggar undang-undang, dan OS pirate sepatutnya jangan digunakan.
OSX: OS yang biasa ditemui pada komputer Apple. Ianya berasaskan Unix, dan dipasarkan sebagai OS yang bebas virus dan stabil. Anda boleh cuba menjalankan OSX pada komputer biasa: "Hackintosh", tapi ini juga cara yang tidak sah.
GNU/Linux: OS jenis sumber terbuka dan percuma. Percuma tanpa kos tersembunyi, percuma tanpa apa-apa sekatan. Banyak variasi GNU/Linux yang percuma untuk dipasang. Cubalah Linux Mint, Ubuntu ataupun Gentoo~


Maklumat Umum:
Combo: i) Membeli combo dapat mengurangkan jumlah perbelanjaan sebanyak 5%-15%. Sila periksa di Microcenter untuk CPU murah (ikut nasib), dan jualan mingguan Fry untuk CPU/mobo.
ii) Setiap combo yang dibeli dapat berjimat $10-$60, jadi beli sebanyak mungkin combo yang ada. Contohnya jika 10% dapat dijimatkan dengan membeli combo pada satu website, tapi sebenarnya 20%-30% boleh dijimatkan jika combo sama juga dicari pada website lain.
Tamak: Pengguna biasanya membeli lebih banyak dari apa yang mereka perlu. Hardware yang dibeli pun cuma digunakan dalam 5%-10%, betul-betul membazir duit. Belilah barangan yang anda betul-betul guna, dan belilah yang sesuai.
Masa akan datang: i) Tak kisah mana-mana pun PC yang anda beli, murah ke mahal ke, ia akan tetap usang obsolete lagi ketinggalan beberapa tahun lagi. Beli PC yang bagus, selepas ianya obsolete, beli lagi yang baru.
ii) Nak beli yang boleh dipakai lama-lama agak mustahil. Kita boleh beli PC yang "terbaek" untuk 3 tahun lagi, tapi jika membeli PC yang memang dijangka terbaek pada masa akan datang, itu agak mustahil.
iii) PC berharga $25,000 hari ini akan dikalahkan oleh PC $1500 3 tahun lagi. Jadi jangan berbelanja terlalu banyak, beli apa yang anda perlukan sekarang sahaja.
Rebat: Susah juga nak dapatkan rebat apabila membeli, jadi abaikan rebat dalam pengiraan kos. Anggaplah anda bernasib baik jika anda mendapat rebat untuk barangan anda.
Harga: Harga yang ditunjukkan hanyalah anggaran sahaja, harga sebenar selalunya akan menurun. Newegg selalu ada diskaun, tapi untuk sekejap saja. Jumlah harga belum dicampur lagi dengan kos penghantaran atau cukai.
Kawasan selain AS: Binaan di sini disusun mengikut harga di US. Untuk kawasan lain, binaan ini akan berubah mengikut perbezaan harga untuk komponen terbaik dalam binaan tersebut.
Ingat!: Tidak perlu mengambil nasihat dari forum internet terlalu serius. Buatlah kajian sendiri dan cari mana yang terbaik untuk keperluan anda.
Lagi: Janganlah terlalu serius mengikuti nasihat dari forum-forum internet. Buat kajian dahulu untuk mencari PC yang paling sesuai untuk keperluan anda.
Iyya, tolonglah dengar: Sengaja nasihat diatas diulang-ulang kerana tiada orang yang lebih menyayangi diri anda selain anda sendiri. Jadi jangan tertipu/terpaksa membeli atau membuat sesuatu yang anda akan kesal kemudian hari.

Panduan ini:
Sesuai untuk: i) menjadi cadangan saranan produk terbaik mengikut belanja yang anda ada. Diingatkan, panduan ini tidak mengambil kira produk alternatif yang lebih bagus, tetapi lebih mahal.
ii) membuat binaan PC yang seimbang. Ini maksudnya binaan pada panduan ini tidak menggunakan CPU yang hebat tetapi GPU nya hampeh, atau RAM yang terlalu banyak tapi HDD sedikit, bukan binaan yang sebegitu.
Kureng seswai untuk: i) mencari produk terbaek dengan harga terbaek. Contoh: EVGA ialah pembuat mobo yang berkuasa tinggi, tapi ramai yang tidak mampu memilikinya.
ii) mereka yang hanya mencintai satu-satu jenama sahaja.
iii) mereka yang mencari binaan dengan penyejukan cecair, 6 teras hexacore atau multi-monitor. (Mungkin, suatu hari nanti panduannya akan dibuat jika terdapat produk baharu atau harganya menjadi lebih murah).
iv) digunakan sebagai binaan dengan tujuan untuk percubaan OC maksimum/mencari form factor/dsbgnya.
v) menjadi panduan mutlak membeli komputer. Panduan ini hanyalah senarai barangan berprestasi terbaek dengan harga berpatutan mengikut bajet belanja yang berbeza. Betuuuuuuul, tak tipuu~
Sejarahnya: Panduan ini adalah gabungan dua panduan sebelumnya, dan ditulis berdasarkan prinsip yang digunakan oleh Lolicon dan /g/uideX dalam menulis panduan mereka.
Kategori: Setiap binaan dikategorikan mengikut tahap-tahapnya. Yang "good" memang good, yang "great" memang great, lebih kurang begitulah~
Pilihan: Ada sesetengah binaan mempunyai lebih dari satu hardware cadangan. Cadangan-cadangan ini adalah pilihan hardware alternatif yang lebih kurang sama prestasinya atau lebih baik lagi.
Nota: i) Sekali lagi ditekankan bahawa panduan ini sepatutnya hanyalah sebagai panduan sahaja. Dengan mencari maklumat serta mencari binaan yang terbaek untuk anda sendiri adalah lebih baik dari bergantung pada mana-mana panduan sekalipun.
ii) Jika anda suka cadangan yang terdapat dalam panduan ini, sila ambil masa untuk membaca kenapa cadangan itu lebih bagus berbanding yang lain dan juga untuk memilih yang mana lebih sesuai untuk anda.
Bantuan: Panduan ini tidak mungkin terhasil tanpa bantuan /g/. Jika ingin membantu, hantarkan cadangan/kritikan/kisah-kisah menarik cara saya.
Kemaskini: i) Sila rujuk pada tarikh dan edisi panduan ini. Jika sudah lama (lebih dari 30 hari), cadangan produk dan maklumatnya mungkin tidak sesuai lagi.

Dimana membeli:
Tempat: Berikut ialah senarai penjual perkakas PC. Walaupun tersenarai, ini tidak menjamin khidmat pelanggan yang baik atau masa penghantaran yang tepat: anda yang akan memilih penjual sendiri.
i) US: newegg, tigerdirect, zipzoomfly, mwave, microcenter, frys, ewiz, superbiiz, amazon, atau provantage. CANADA: ncux, newegg, tigerdirect, directcanada. UK: aria, scan, ebuyer, novatech.
ii) AUS: staticice, auspcmarket, umart, itestate, msy, pccasegear, PC-DIY, mwave. EU: hardwareversand, mix-computer, alternate, mindfactory, komplett, bpm-power, azerty, atau tweakers.
iii) ASIA: bizgram.co.sg, googoo.com.sg, ipmart.com. AFRICA/S.AMERICA: ;_;. ANTARABANGSA: Frys, Superbiiz, thenerds.net. (Ada yang tertinggal?)
Tip: Ada penjual online yang menawarkan khidmat mencari mengikut belanja. Sesetengah enjin carian pula mencari harga terbaek untuk perkakas komputer (mengikut tempat, bukan untuk carian antarabangsa), contohnya: pricenetwork.ca, redflagdeals.ca, PriceBlink (ini addon), dan camelegg.com

Perlukan bantuan?:
Tindakan anda: Pertama sekali anda bolehla mencari di Google atau baca buku manual nya dahulu. Jika anda ingin meminta bantuan melalui forum, janganlah anda letakkan berpuluh-puluh link pautan kepada persoalan anda. Sebaik-baiknya anda letakkan screenshot/printscreen barangan komputer dalam shopping cart yang anda ingin beli dalam forum, tuliskan juga:
i) berapa belanja anda,
ii) kegunaan utama komputer binaan anda nanti (bermain game, membuat kerja, dll),
iii) perkakas komputer anda sekarang (jika ada), dan
iv) barang yang anda ingin tukar/upgrade (monitor/RAM/HDD/dll).
Jika anda perlukan bantuan, bantulah mereka memahami apa yang perlu dibantu.


Penafian:
i) Maklumat yang terkandung dalam panduan ini disediakan mengikut seadanya dan tidak disertakan dengan apa-apa jaminan samada yang tersurat dan tersirat. Anda buat keputusan untuk diri anda sendiri dan bertanggungjawab sepenuhnya dengan pilihan dan tindakan anda.
ii) Panduan ini hanyalah cadangan sahaja dan tidak sepatutnya menjadi pengganti kajian anda sendiri. Andalah yang bertanggunjawab untuk segala pembelian yang anda lakukan.


Lain-lain:
Edisi: 1.1B.
Tarikh: 27 Mei 2011.
Oleh: Th !e.Falcon06.
Komen: Yeay Mark yeayyy! http://www.youtube.com/watch?v=CVJ4Nc0iAnc
Gambar: Cop mohor Sulaiman yang indah.

Haa.. itu dia panduan membeli perkakas komputer mengikut perbelanjaan anda. Panduan ini bukan mengikut produk-produk yang boleh didapati di Malaysia, tapi ilmu pengetahuan darinya amat berguna. Maaf jika panduan ini mengandungi bahasa yang sedikit aneh, dan segala salah dan silap boleh anda betulkan melalui ruangan komen. Terima kasih kerana membaca~ :-)


Ooigi.blog: "Kena matching semua barang baru dapat komputer yang terbaekkk. Itu belum lagi bab maintenance..."
:.

Monday, May 16, 2011

Nokia 6300 battery hack (Swap BL-4C with BL-5C)

.: I had one second-hand Nokia 6300 before it was stolen while I was helping a customer. Actually it was pretty well hidden because I was charging it, but then the thief got pretty clever and I got distracted and he's able to run away with my phone. Ouch.. :-(

Nokia 6300 with black housing cover.
So I got another one from a local bidding website and after installing the new phone updates (software updates remove the phone security code because the seller didn't know the code either, aiya), plus trying and testing a few Nokia 6300 games, the original battery run out pretty fast. It's all about pretty things inside here, and I wonder why... :-?

Before this I read somewhere on the internet where someone has already do the battery hack before, which he use Nokia BL-5C instead of the original BL-4C in his 6300. And today the link is gone from my Firefox bookmark lists, hurmmm..

Why must BL-5C?
First, the current BL-4C power is about 890 mAh which is insufficient for daily SMSses and calls done with 6300 (and for playing games and listening to mp3s too). So, the other option is to look for "similar sized" battery with more power, in this case, it's the Nokia BL-5C.

Compact and slim Li-on BL-5C battery comes with 1020 mAh of power, an additional of 130 mAh than the original BL-4C. Such an extra power is pretty helpful, because some user claim it can last about 3 days of usage, unlike the my current BL-4C which able to lasts about 1 day only. The problem is, BL-5C is slightly thicker than BL-4C.

You may asks why don't we use the 1150 mAh BL-6C? Oops, that battery is way too thick to carry this incoming hack, but you can give it a try if you want to. As a warning, doing so may shorten the battery life, even shorter than BL-5C itself... X-O

At this rate I really hope I can find the pictorial guide back to do the battery hack. I know I found it somewhere before, but my bookmark is no more. Thank God Alhamdulillah there still exists the one and only video of Nokia 6300 battery hack, and here it is~~

Nokia 6300 battery upgrade to BL-5C
Too bad Youtube has disabled the audio. They claims that it contains an audio track that has not been authorized by WMG...

Eh? Actually you can fit the battery in if you *push* it a little harder? But.. but... okay, I'll might give it a try later. hurmmm.. The idea here is to replace the original 6300 battery with another battery that has more power. But Nokia didn't make such BL-4C-like battery yet. So we may ned to opt for other battery brand to solve this. But, does this..

..1600 mAh BL-4U battery authentic? 1600 mAh!!?

I found it as Nokia X-Level battery in Lelong.com.my. But the name on the packaging is X-Energy... (You can see it can be use for different type of Nokia phones: E66, E75, 5530 XM, 5730 XM, 6212 C, 6300i, 6600 S, 5800 Arte, 5800 Sapphire Arte, 8800 Carbon Arte, 8800 Gold Arte. 6300i is pretty similar to 6300, only 6300i have 30 Mb internal memory - which is waaaaaaaaaaaaaaayy better when playing Nokia Java games...)

For further and extra reading:

Ooigi.blog: "I really wish I had that Nokia 6300i, so that I won't see any out of memory error again..."
X-O
:.

Sunday, May 15, 2011

World's First Samsung Chromebook is... Google'd.

.: How can I say it? It's the truth and nothing but the truth. Eh?

Samsung Chromebook, is another version of personalized netbook built based on Google Chrome OS. Because a netbook usually cannot do nothing much or less powered compared to a normal laptop or a desktop, this Chromebook is an exception. It contains nothing!

Srsly? :-? (Yes, you're supposed to imagine the dramatic srsly eagle right now)

The thing is, a netbook is not made to used as a desktop pc or a laptop in the first place. The sole purpose of a netbook in this world is to surf the internet, only internet and nothing but the Net, not to perform other unnecessary tasks and filled with all softwares like a real desktop. This will results a super slow netbook, becomes easily overheat because of too much activity and pretty heavy just to fit everything inside it.

So, in order to avoid being in the same problematic netbook group, the clever guys in Google partnered with another group of clever guys from Samsung to build a netbook just for that one purpose, to surf the internet waves...

Samsung got Doodle'd.
Thus, the Samsung Chromebook is born~~

I can boast about Chromebook even if I don't know how to boast, but one thing I notice: "practically" there's nothing installed inside Chromebook for us to use. It was a plain simple black and white 1.66Ghz netbook installed with Chrome OS (read: Google Chrome browser). Why? Every so-called "apps" inside it is actually an oversized thumbnail linking to the "application" webpage.

You want your email? Chromebook got you a Gmail. You want your Skype? Chromebook got you Google Talk. You want your Office (Word, Excel)? Chromebook got you Google Docs. You want your Photoshop/GIMP? Chromebook got you a Picasa. You want your MTV? Chromebook got you Youtube. You want your (you name it here), Chromebook gives you (put an internet website that offered similar service like what you named before here). Blah blah blah. All this is an online services, that's why it was nothing inside Chromebook at all~~

Oh, I forgot. Why there is nothing inside? Because they store it in the cloud, lol~ :-P

Before further ramblings is written in this blog, let's see what Samsung Chromebook has to offer us..

Samsung Chromebook 5 series official spot - video teaser
This sleek notebook gives me an idea..

I want a similar notebook which runs with Ubuntu, because I'm not really like the "Googled" OS idea. This will make the netbook price more cheaper, and this is also about the news that all users activities collected from all around the globe is turned into a super massive statistical data sometimes freak me out. I am not a test subject, and I don't want to be one, even if you want to be the next real life Skynet. No no noo~ :-P

Enough about too much terminator, you can get further information and Chromebook reviews from:


Ooigi.blog: "Someone or something got someone'd or something'ed today. I wonder who started it first?."
:-?
:.