Thursday, July 5, 2012

Google Glass: 5Gb Limit

.: mula-mula masa tertengok video ni rasa macam kena April Fool, tapi tetap tengok juga. Apa kata kita sama-sama kena, boleh?

Project Glass: One day...


Hehe, sangat best Glass nih - semuanya 2D (Di Depan sahaja), haha :-P Konsepnya menarik, tapi macam terlalu into the future. Mungkin edisi versi 3D akan keluar tidak lama lagi? untuk menonton cerita di panggung wayang? Akan tetapi...

Watch this demo.

Project Glass: Live Demo At Google I/O

Ouch! Tersangatlah awesomeness, MasyaAllah! :-O

Memandangkan demonya tersangatlah meyakinkan, bagi masa dalam dua tahun setengah kita rakyat Malaysia dapatla subscribe data plan beserta Google Glass daripada <the most powerful telco provider that cooperates with the winning party in our incoming 2012 election here> (pun intended) dengan quota maksimum 5Gb sahaja...

Apa??? 5 gig only???

Bha, gurau aja itu ba. Jangan ambil serius bhaaa~~ :-P

Mamdoh tak sangka pula, ingatkan cuma imaginasi omputeh aja, tapi betul-betul dibuatnya. terlampau diorang nih. Terlampau maju advance. Iyya, series. Memang tak sangka betul-betul dibuatnya yang "working unit", waduhhh.... Tapi memang dahsyat tau, bila research dan innovation kalau ada super funding tajaan, memang menjadik. Kalau ada duit baru barang jalan kan? Kalau takde duit (belanja), apa-apapun tak berjalan kalau zaman sekarang? :-?

hohohoho, jangan under estimate pandang rendah omputeh bila jiwa sains menyelidik dan inovasinya bergelora bergelojak ganas. Takde duit pun dia akan usahakan. Sama juga dengan orang Jepun, perghhhh.. Teringat satu buku yang dipinjam tapi dah terlebih tarikh pemulangan - buku "Kenapa Saya Tidak Berfikir Begitu?" oleh Ainon Mohd. dan Abdullah Hassan, keluaran PTS Consultants Sdn bhd 2005. Entah tiba-tiba nak pinjam buku lepas renew memperbaharui buku untuk kawan. Mamdoh rasa boleh diaplikasikan dalam pembinaan blog-blog mamdoh~ ;-)

Nak share satu lagi buku, kalau ada duit lebih memang nak beli. Mamdoh ada baca excerpts petikannya dari Amazon, memang best buku nih bagi jiwa blogger tapi menulis kadang-kadang: buku "I'm Feeling Lucky: The Confessions of Google Employee Number 59" oleh Douglass Edwards.


Tapi harganya, tambah tolak pun dalam RM 40 ni, huhuhu.. :-x Kalau RM 40 bagi mamdoh boleh beli macam-macam, huhu.. Ada terfikir untuk buat jahat, nasib baek tak jumpa masa googling tadi, huhuhu.. Rm 40, di mana kamoooooo??~~~

Tapi sayang, Amazon dah
berjaya rebut paten cermin mata
bergaya dulu...
Balik kepada cerita Google Glass tadi, dalam demo tu mereka tunjukkan dengan sesi Hangouts dari Google Plus. Memangla best lagi menarik tengok streaming dari Glass sangat laju dalam Hangouts, tapi bila memikirkan Malaysia masih belum power dan laju untuk internet connectivity dia, mungkin kita akan terkena Glass yang macam iklan Maxis Fibre tu - asik tersekat-sekat kerana loading melampau. Internet kat Malaysia ni ada macam-macam hal. Bila baca ketidakpuasan hati pengguna lain dan juga diri sendiri, rasa nak marah juga kepada pemimpin kerana slack cuai dalam menyuarakan dan menguatkuasakan undang-undang agar telco + internet provider tidak overcharge dan menipu. 

Wait, apa fungsi SKMM/MCMC???
(Website dari zaman stonehenge mana SKMM ni? Masih nak guna flash intro lagi dengan 'Enter website'? Semua orang nak simple one-click access ja. Ni tambah satu click lagi baru dapat masuk, adududududuuuu~~ Buat header sudeyyyyyyy~~)

Dengan had 5Gigabyte aja, huhuhu, tak puas juga bila pakai Glass kena bertop up top up isian semula. Sengal la. Hanya mereka-mereka yang berbelanja besar dengan memilih pelan termahal lagi unlimited aja baru pueh hati memakai Glass. huhuhuhu... ;-(

Dalam banyak-banyak kebaikan Glass (merujuk kepada video paling pertama tadi), kita harap ia tak berakhir atau terjadi yang begini... Link =  [ How We’ll Really Use Google Glass [SUNDAY COMICS] ]...

Itu aja celoteh untuk nukilan posting catitan kali ini. Macam biasa, ada link lagi~~

Ooigi.blog : "saya taknak Glass yang edisi cermin mata. saya nak Glass versi add-on - boleh main lekat sambung kat cermin mata yang saya pakai ni terus. Ala-ala klip la gitu. Memang Glass akan jadik lagi best dari Myvi Lagi Best."
:-P
:.

No comments:

Post a Comment