Monday, May 10, 2010

Software download: Laman web baek punya >>

.
Anda selalu mendownload software??

Kalau logiknya, banyak cara nak download muatturun perisian software. Kalau cakap pasal keselamatan, nak download sesuatu software tu baik download dari laman web si pembuatnya. Contohnya kalau cari Avast, layari [www.Avast.com], kalau cari k-lite codec untuk avi divx rmvb anime, layari [www.codecguide.com], dan sebagainyalah. Kalau lupa nama company yang buat software tu, try Google-kan guna nama software. Mungkin akan jumpa laman web diaorang.

Antara maksud keselamatan mendownload software-software nih ialah kita taknak ter-install software yang 'diam-diam ubi berisi'. Silap haribulan, software yang di-install memandai-mandai dipasang nya spyware, malware, ntah apa-apa ntah dalam komputer kita, bengong jugak kalau maklumat peribadi bocor di internet. Itu kira dahsyat jugak tu, lagi dahsyat nombor akaun dengan password untuk internet banking kita yang bocor, melayang macam tu je duit simpan bertahun-tahun, haduuu..

Dengan itoo, dalam post ini disisipkan beberapa pautan laman web yang mudah untk mencari software yang kita hendaki, disamping boleh membaca reviews/komen dari mereka yang sudah mendownloadnya. Boleh jugak tengok rating, atau boleh browse untuk software yang disyorkan, atau boleh juga mencuba software yang disyorkan oleh editor (editor's pick). Pilihan di tangan Anda~~ :-D


  • http://download.cnet.com/windows/ (previously www.download.com): Find the software you're looking for at CNET Download.com, the most comprehensive source for free-to-try software downloads on the Web.
  • Laman web paling otai sekali kalau nak cari software. Cari je, insyaAllah jumpa. Amat jarang sekali anda akan menemui software hampeh di laman web nih.

  • http://www.filehippo.com/ : Fast downloads of the latest free software!
  • Paling suka site ni sebab boleh cari old version software balik. Kadang-kadang software version baru tak di-support oleh komputer, nak tak nak, kena cari yang version lama. Tapi sekarang, memang akan buat backup CD software, sebab taknak tunggu masa download, taknak download berkali-kali. X-D
  • Cuma kadang-kadang software lama dia tak dapat didownload, ada link problem ;-(

  • http://www.majorgeeks.com/ : Download freeware and shareware software utilities. Download files for your computer that tweak, repair, enhance, protect and more.
  • Ada unsur-unsur ketenteraan. Dikawalselia oleh Corporal Punishment dengan Major attitude. Gila gempak~ X-D
  • Site yang senaraikan software-software terbaik untuk pc anda. Dua orang geek yang sukakan software gila-gila, dan disokong oleh para peminta yang tak suka diorang buat salah.
  • Walaupun untuk geek, tapi yang bukan geek pun boleh faham nak pilih software yang mana satu.

  • http://www.softpedia.com/ : Free Downloads Encyclopedia.
  • Sini nak kata semua software pun ada. Semestinya Windows punya yang paling banyak, tapi software baru atau versi baru pun cepat juga ada di sini.
  • Softpedia, software + encyclopedia = Wikipedia tentang software.

  • http://snapfiles.com/ (previously www.webattack.com): Download freeware and shareware programs, fully reviewed and rated  by SnapFiles staff, and user opinions. Established in 1997.
  • Antara site yang old-school, wujud zaman dolu-dolu, tapi masih kekal sampai sekarang. Diorang cakap diorang dah test sendiri software-software di sini, sebelum diorang letakkan pada site. Kira okla, tapi kita sendiri pun kena hati-hati jugak. Sebelum ni belum ada pengalaman download dari site nih.

  • http://fileforum.betanews.com/ : Find. Download. Discuss.
  • Namanya beta, jadi di sini kebanyakan software nya berstatus beta, atau ikut bahasa saya software boleh dipakai tapi risiko tanggung sendiri. Selama guna software yang dimuatturun dari sini, belum lagi ada apa-apa masalah, tapi mungkin ada kut, tapi ilmu tak cukup tinggi untuk detect ada masalah ke tidak.
  • Ada jugak software yang full version, disamping beta yang sangat berlambak di sini. Boleh di asingkan (sort out) untuk cari yang licensed punya, shareware, atau free. Macam-amacam jenis software ada, download jangan tak download ;-P

  • http://sourceforge.net/ : SourceForge.net. Fast, secure and free downloads from the largest Open Source applications and software directory.
  • Kalau nak guna open source software percuma, sini ialah tempat terbanyak yang anda boleh cari. Takde bayar-bayar, software semuanya boleh download tanpa masalah.
  • Ada version Mac, ada version Windows, ada version Linux dll. (dulu masa nak download software kat sini selalu terkena .tar dgn .gz. Ntah kenapa, bila ada software yang menarik dimata, bila di download bukan installer untuk Windows, haiya.. Anda pun perlu periksa software yang hendak didownload nanti: pilih ikut OS).

  • http://portableapps.com/ : Portable software for USB drives.
  • Tempat paling layan kalau nak guna software mudahalih. Boleh kata software 'on the go' gitu. On the go tu apa ya? X-D   Semua software yang terdapat disini ialah software yang percuma, tidak perlu serial number atau activation (sepanjang pengalaman sendirilah).
  • Software yang paling popular dan sambutan paling hangat: Portable Firefox.
  • Ada software untuk accessibility, development, education, permainan, graphics and pictures editing, internet, music and video editing, office tools, dan portable OS serta common utilities. Memang best. kalau dulu software mesti install dalam komputer atau kadang-kadang kena guna admin password baru boleh install, yang portable version punya copy and paste pun dapat~~

Ooigi.blog: "Banyak juga website untuk download software, ada yang anda ingin kongsikan disini?"

.

No comments:

Post a Comment