Pernah tak tengah-tengah surf internet tiba-tiba browser jadik gelap, ada background merah macam nih?
Tak pun baru buka browser, lepas taip www.facebook.com atau taip search di www.google.com, browser di-redirect pergi ke gambar di atas? Haa.. maksudnya dah terkena jangkitan la tu~~ X-O
Lepas start je browser, masa dah tekan enter ke laman web yang kita nak, dia akan keluarkan warning macam di atas. Kalau kita ketik mana-mana link kat situ, kita akan dibawa ke laman sesawang www.SafetyWebSpace.com. Di sana, laman web ini cakap, PC kita dalam bahaya kerana dah dijangkiti worm atau trojan gila. Nak selamatkan PC kita cuma ada satu cara, beli dan download Personal Antivirus diorang.
Masalahnya, tak kisah kita beli Personal Antivirus tu atau tidak, kita belum pernah pergi ke safetywebspace.com atau dah pergi, lepas terkena hijack dari website nih, mana-mana laman web pun kita tak dapat nak pergi. Mula-mula dia block 2, 3 kali je. Dapatla jugak main internet kejap. Lepas tu jaga la, hampir semua site dia block, dia cakap “Warning! Visiting this site may harm your computer!” tanpa jemu. Sungguh menghanginkan badan. Laman web yang verified atau guna https pun dapat jugak dia block. Sah, PC kita dah ada bendasing yang kacau internet kita.
Nak tengok screenshot SafetyWebSpace.com? Dekat WindowsProtection.net ada.
Jadi, macamana nak buang remove hijacker SafetyWebpace nih?
Lepas cari-cari dekat internet, kebanyakan website yang ada solution untuk buang hijacker tu semua mencadangkan agar kita download software diorang untuk buang. Dah pernah cuba, tapi macam hampeh jugak software diorang. Ada yang kena register by email, ada yang kena dibeli lesennya.
Dalam banyak-banyak website tu, Reviewwwer.com ada solution yang agak ok. Download Malwarebyte's Anti Malware dan run software tu untuk buang SafetyWebSpace nih. Ada juga forum (BleepingComputer.com/forums) yang ajarkan agar guna software yang sama. Siap ada step by step cara nak guna lagi. Lepas dicuba, berjaya juga buang. Senang hati siket. :-)
Sebelum install, kalau boleh cuba end process kan image name yang ada related dengan SafetyWebSpace ni. Cuma satunya, lepas scan dan remove semua threats yang ada, jangan lupa periksa dan buang semua file-file dan folder-folder dia. Barang-barang yang nak di end process dan dibuang tu boleh tengok apa di (link yang sama dengan link sebelum ini):
- WindowsProtection.net : Tengok senarai file yang perlu dibuang pada "Delete Safetywebspace.com related corrupt files"
- Reviewwwer.com : Juga senarai yang agak sama.
Semoga dapat membantu jika anda pun terkena jangkitan ini. Bukan apa, kalau yang surf internet guna broadband tu, memang 'bikin panas' bila nak surf internet semua kena block. Sakit hati, saaaakit hati tul~ Kadang yang cipta antivirus atau disinfector program tu yang sebenarnya create trojan worm malware spyware entah hapa-hapa ntah dengan harapan kita terpaksa beli terpaksa guna software diorang. Business-minded Devil's version syarikat-syarikat sebegini!
Ooigi.blog: "Geram bila manusia salahguna teknologi untuk cari fulus lebih dengan menipu end user beramai-ramai..."
.