Tuesday, September 21, 2010

Filename extension: Nama Manja Fail Siapa???

.: Anda sudah buka option "Hide extensions for known file types"? Sudah meng-un-tick pada kotak itu? aduhh.. kes berat nih.. berat la juga kes nih.. hehe :-P

Gambar di sebelah menunjukkan stail biasa yang saya buat kalau saya pakai komputer. Fungsi utamanya ialah nak tengok virus yang tersembunyi, tapi dalam masa yang sama kita akan terfaham kenapa sesetengah fail nama extension nya lain, dan terhafal fail itu software mana yang empunya.

Nanti Ooigi akan bagitahu kenapa.

Jadi, mula-mula kita nak berkenalan dengan Apakah itu File extension?

File extension berdefinisi dan bermaksud dan bercirikan:
  • Nama akhiran (nama manja/nama glamer/nick name) untuk fail-fail komputer.
  • Ia juga memberitahu apakah identiti kandungan (format fail),
  • dan memberitahu aplikasi yang boleh membuka atau menggunakannya. 
  • ditulis dengan tanda noktah dahulu, kemudian baru nama file extension.
  • terdiri daripada 3 atau 4 huruf, ada juga nama file extension yang lebih dari 4 huruf.
  • biasanya file extension adalah unik, dimiliki oleh satu software yang menggunakannya. Tapi ada juga yang dipakai oleh semua (universal). 

Bagaimana kita boleh melihat File extension? Di mana ia berada? :-P
  • Buka (cari) Folder Option
  • ketik tab View
  • scroll bawah sikit, sampai "Hidden files and folders"
  • kosongkan kotak "Hide entensions for known file types". 
  • haa.. siap pun. :-)

Tak nampak pun mana File extension? Tak perasan pun yang mana satu??..
Cuba tengok dekat tempat yang ada lagu-lagu kita. Takpun buka folder yang ada gambar-gambar. Sepatutnya, kalau belum buka file extension, nama pada lagu-lagu kita tidak ada .mp3 dibelakangnya, atau nama gambar-gambar kita tiada .jpg atau .jpeg atau .png pada belakangnya. Yang .mp3, .jpg, .jpeg, .png inilah yang dipanggil File extension~~ :-D

Macamana boleh terfaham jenisnya lain-lain dan terhafal pemilik file extension tadi?
Bagaimana terfaham:
  • Biasanya, kalau kita nak install software, software itu akan ada extension .exe di belakangnya. Jadi, kalau kita download sotware dari internet, jika hujungnya tiada .exe, maksudnya kalau kita dabel klik, software itu tidak dapat di install. Sebab ia bukannya executable files.
  • .exe tu bermaksud executable file. Fail yang kandungannya executable maksudnya bila diketik, ia akan "melancarkan" (execute) program-program di dalamnya. Dan .exe ialah dari EXEcutable. Sebab itu software ada extension .exe
  • Kalau movie anime pun sama juga. Kadang-kadang kita suka view barang dalam folder gambar dan movie anime kita jadi "Thumbnails". Ada yang jadi keliru mana satu gambar, mana satu movie/anime. Kalau dah buka file extension, senang je nak bezakan yang mana satu. Biasa gambar extensionnya bernama .jpg, .jpeg, .png, .bmp, .gif dan movie atau anime pula .avi, .divx, .rm, .rmvb, .mpg, .mpeg, .mkv, dan lain-lain.
  • Dengan melihat file extension aja sudah faham fail iu ialah gambar, software, atau movie. Dan jika anda sudah biasa, anda akan dengan mudah membezakan kenapa ada fail-fail "gambar", fail "dokumen" ialah virus, bukannya gambar atau dokumen yang sebenar. ;-) 

Bagaimana pula terhafal?
  • Tengoklah hari-hari, baru boleh hafal, hehe X-D 
  • Biasanya kalau rajin mendownload, menulis, dan meng-explore folder-folder komputer memang senang nak hafal. 
  • Kena ada minat juga, kalau tidak susah mau hafal.

Berikut ialah anugerah file extension yang glamer dalam kategori-kategori.
Dokumen:
  • .doc ialah Microsoft Word 97-2003 document file.
  • .docx ialah dokumen Microsoft Word 2007/2010 Open XML document file. 
  • .xls : Microsoft Excel 97 to 2003 workbook file.
  • .xlsx : Microsoft Excel 2007/2010 Open XML workbook file.
  • .ppt : Microsoft PowerPoint 97 to 2003 Presentation file.
  • .pptx : Microsoft PowerPoint 2007/2010 Open XML presentation file
  • .pdf ialah Portable document format. 
  • .odt ialah OpenOffice.org Writer text document
  • .txt ialah Common simple plain text file. 

Gambar:
  • .jpg atau .jpeg : JPEG bitmap image file format. (Joint Photographic Experts Group). 
  • .png : Portable Network Graphic. 
  • .gif : Graphics interchange file format. 

Movie:
  • .avi : Audio Video Interleave movie. 
  • .mpg atau .mpeg : MPEG 1 video file format. (Moving Photographic Experts Group).
  • .mkv : Matroska video-audio multimedia file. 
  • .flv : Flash video file. 
  • .rm atau .rmvbRealMedia variable bitrate file.
  • .3gp : Multimedia files for wireless networks. (third generation platform).
  • .srt : Movie subtitle file format (SubRip format). 

Lagu/audio:
  • .mp3 : Compressed audio and music file, mp3 songs or ringtones. (MPEG-2 Audio Layer 3). 
  • .wma : Windows Media Audio. 
  • .cda : CD Audio track.

File extension lain yang nak popular juga:
  • .zip : WinZIP Compressed ZIP archive file. 
  • .rar : WinRAR compressed archive. (Roshal Archive).
  • .exe : executable files.
  • .nfo : Microsoft MSInfo document.
  • .htm atau .html : HTML Hypertext Markup Language web page file. 
  • .iso :  CD/DVD/HD DVD/Blu-ray disc ISO binary image file. 
  • .jar : Compressed archive file package for Java classes and data

Memandangkan kadang-kadang sendiri pun terjumpa file extension yang pelik-pelik dan yang baru, maka perlu mencari di mana boleh mendapatkan maklumat tentang extension ini. Kalau laman web, ini ada...
  • Wikipedia : File extension.
  • Wikipedia : List of file formats
  • File-Extensions.org : The source for file extensions information. (Laman sesawang ini best, ringkas, sebab ada icon sekali untuk maklumat file extensionnya). 
  • Filext.com : A free online resource by Uniblue. (Maklumat lengkap terperinci gitu beserta gambar icon pasal entension. Jangan tension sudah). 
  • DotWhat.net : The leading file extension resource. (Tiada gambar icon, semacam forum dengan komen dari pengguna). 
  • FileInfo : The file extensions resource. (Laman web aneh. Tapi ada gambar lain dan juga maklumat terperinci?)

Masalah problems yang berlaku bila pilihan (option) file extension dibuka.
Ini juga satu penyakit. Kita kena hati-hati. Kalau terbuat, kadang ada yang boleh dipatahbalik (undo), kadang ada juga yang merosakkan komputer terus. Huhu.. bahaya. Yang terbuat tu maksudnya terbuang file extension untuk mana-mana fail. Pernah ada pelanggan yang terdelete extension unuk dokumennya, jadi dia tak dapat print. Dan dia tak tahu dokumen tu apa extensionnya. Jadi terpaksalah rename balik dengan cubajaya (trial n error) extension untuk dokumen-dokumen.

Kadang salah save pun ada juga. Kan biasanya kalau fail tu normal, contohnya dia ada extension .txt, maka kita akan nampak icon macam notepad pada fail itu. Tapi jika disave tanpa .txt di belakang, icon notepad tu dah takde. Jadi icon dia keluar icon FATD, Fail Asing Tidak Dikenali. X-D Anda boleh cuba try test kalau tak percaya. Tukar option File extension, buat satu new text document, lepas tu save. Memang akan keluar warning. Perhati icon sebelum di-save dengan selepas. Lain kan? :-)

Ilmu File extension terakhir untuk post kali ini. 
Jadi, kalau rasa tak konpiden dengan menengok file exension dalam komputer, maka jangan malu-malu, sila revert balik, kembalikan option kepada asal. Caranya...
  • Buka Folder Options kembali. 
  • Klik tab View
  • klik Restore Defaults
  • Apply-kan, lepas tu OK.

Maka, dengan ini tamatlah kesan degil eh syalah tamatlah kelas File extension. Semoga mendapat manfaat kerana saya sudah fening-fening membaca post yang terlalu panjang. Hahaha ;-P

Saja letak gambar pemandangan sebab boleh rehatkan mata selepas puas membaca ;-)


Ooigi.blog: "Nama manja fail-fail komputer pun ada. Memang omputeh suka guna singkatan, kan?"
:-P
:.

Wednesday, September 8, 2010

How to Show Hidden Files in Windows XP~

.
How to view hidden files and folders in Windows?
How to find hidden files/folders in XP?
Or How to open hidden files or folder in Windows XP?

Here is a pictorial e-book guide where you can apply with almost every Microsoft Windows out there. (Sorry, I do not have any Win7 or Vista PC at the moment...). It's almost the same thing, look for your folder settings, and change some options, and apply.

For me, by showing my hidden files I might be able to remember some of my important operating files in my computer. Plus, by remembering this strange and faded-colored files, our quest in detecting and searching for hidden virus will become much faster and more easier. Seriously, it helps~   ;-)


How to show hidden files in windows XP

Just a quick post because important points is already explained inside. Remember, do not delete strange looking files or faded folders, okay? Hidden files is meant to be hidden, by changing their original attribute, hidden files is meant to be a show only. No deletion, absolutely no deletion okay? Good boy~~   :-)


Ooigi.blog: "Understand what others didn't see, maybe your computer can become virus-free~~"
;-)
:.